Saturday, 30 June 2012

PROJEK TIPU, PAPAN TANDA PALSU?




PAPAN TANDA…..Taufick menunjukkan papan tanda palsu pembinaan projek jalan Kampung yang terpacak di persimpangan jalan tersebut.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

PEJABAT Daerah Klias yang telah memasang papantanda untuk melaksanakan projek menaik taraf jalan kampung Kebatangan, Klias, Beaufort nampaknya seperti menipu penduduk kampung kerana tidak ada sebarang kerja dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

Timbalan Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat (PKR) Beaufort, Taufick Ruschi yang dalam lawatannya ke kampung berkenaan sejurus selepas menerima aduan daripada orang kampung berkenaan mendapati bahawa projek yang dicadangkan untuk dinaik taraf itu belum kelihatan lagi dan papan tanda yang terpacak sudah senget.

“Kenapa pemimpin UMNO/BN suka membohongi rakyat dengan menawarkan pelbagai janji dan tidak merasa malu sekalipun telah memasang papantanda palsu bagi projek tipu berkenaan," ujar Taufick yang mendesak penjelasan daripada Pegawai Daerah memberikan penjelasan kerana bimbang wang peruntukan diselewengkan untuk tujuan lain.

Amalan pecah amanah seperti ini, kata Taufick, sudah menjadi darah daging pemimpin UMNO dan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi kerana laporan rasmi sudah dibuat sejak tahun lalu.

"Sehubungan itu, saya menggesa agar ahli UMNO agar jangan terlalu fanatik dan menyokong pemimpin mereka secara membuta tuli termasuk yang mengkhianati amanah rakyat," ujar Taufik dengan nada kesal.

22 comments:

  1. pasti ada sebab kenapa projek itu masih belum dijalankan. ia perlu diperjelaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemungkinan masalah kontraktor lagi.

      Delete
    2. Jangan salahkan kerajaan sahaja, mungkin ada masalah yang tertentu menyebabkan projek ini tergendala.

      Delete
    3. Sering projek yang gagal dikesan, apa yang terjadi dengan pihak berkuasa?

      Delete
  2. dan apa2 projek dirancang kena dilaksanakan segera. jgn ditangguh.

    ReplyDelete
  3. kalau belum ada peruntukan, tidak perlualah pacak papan tanda tu. tapi kalau sudah ada peruntukan, tertanya2 juga duit tu p mana. apa lagi kalau sudah sampai setahun atau lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tu projek tu tipu siapa yang buat penipuan

      Delete
  4. Sepatutnya apa-apa projek yang telah dirancangkan harus dipantaukan untuk memastikan projek tersebut sedang dibuat.

    ReplyDelete
  5. Explanation is needed to clarify this matter or the people will have the wrong kind of idea.

    ReplyDelete
  6. Maybe the road upgrade project have been delayed, hope that the relevant department will make an explanation regarding this project.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. The government must ensure any projects promised to the people are completed to retain their loyalty and support.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Bila pecah tanah dibuat, adakah ia bermaksud bahawa projek itu sudah ada perancangan dan peruntukannya tersendiri?

    ReplyDelete
  9. Namun begitu, harap projek yang di rancang ini dapat di jalankan dengan segera untuk kesenangan penduduk juga.

    ReplyDelete
  10. Projek harus dipantau perkembangannya. Jangan biarkan sebegini sahaja.

    ReplyDelete
  11. Pastikan projek dirancang dan dilaksanakan dengan baik.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan harus buktikan keupayaan dalam pengurusan projek.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan akan sentiasa mengutamakan rakyat dan berusaha membangunkan Sabah secara berperingkat.

    ReplyDelete
  14. Biarkan saja rakyat yang menentukan segalanya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  15. Jika boleh apa yang telah dijanjikan seharusnya perlulah ditunaikan. Kerana setiap janji yang diberikan akan dilihat sendiri oleh penduduk adakah ini benar atau tidak.

    ReplyDelete
  16. siapa yang menipu sebenarnya? pemimpin2 BN atau Taufick?? cuba tengok papan tanda itu.. ada tertulis "projek menaiktaraf jalanraya"?? yang tertulis terang2 "Program Amenti Sosial(PAMS)..

    ReplyDelete
  17. papan tanda untuk menumumkan projek bukan seperti itu.. ada nama kontraktor, tender, tahun dan sebagainya.. teruknya la pemimpin PKR beaufort ni..

    ReplyDelete