Saturday 30 June 2012

TIGA KEDAI MUSNAH DALAM KEBAKARAN




MUSNAH....Kedai di tingkat atas bangunan berkenaan musnah dalam kebakaran itu.

Oleh : REZAN JAPSAN

LAHAD DATU: Tiga kedai dua tingkat di Jalan Kastam Lama musnah dalam satu kebakaran pada malam Khamis lepas. Kebakaran membabitkan kedai peralatan elektrik dua tingkat, kedai ubat tradisional Cina dan Pusat Tuisyen, yang semuanya dalam satu bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Apandi Mahmood, ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu jam 10.59 malam dan tiba di tempat kejadian jam 11.02 malam.

Beliau yang mengetuai operasi itu berkata, api berjaya dikawal dari merebak ke kawasan berhampiran dalam masa 18 minit. Dalam operasi itu, pihaknya mengalami sedikit kesukaran ekoran tekanan air rendah.

“Ekoran itu, kami mengambil inisiatif menggunakan air laut untuk melakukan kerja-kerja memadam sebelum api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7.06 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Apandi mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan orang awam yang membantu pihaknya dalam operasi berkenaan. Jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih disiasat. (UB)

11 comments:

  1. dalam kebakaran ini ada kemalangan jiwa ke? punca kejadian harus disiasat.

    ReplyDelete
  2. Mujur tidak memusnahkan kesemua deretan kedai tu.

    ReplyDelete
  3. Mungkin berlaku litar pintas atau apa2 masalah elektrik yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kerap periksa keadaan sambungan wayar kerana kebakaran selalu terjadi akibat litar pintas.

      Delete
    2. wayar pintas adalah faktor yang biasa kita dengar, jadi perlu berhati-hati

      Delete
  4. Thanks to the Fire Department for taking the initiative to use sea water to extinguish the fire.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Luckily the fire was stopped before it can spread to more shop lots.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Kita harus sentiasa menjaga keselamatan. Mana2 yang boleh jadi punca kebakaran kita harus senntiasa berwaspada.

    ReplyDelete
  7. Kepantasan pihak bomba dapat mengawal kebakaran ini untuk terus merebak lebih.

    ReplyDelete
  8. Malang tidak berbau..Maka sentiasalah peka dengan persekitaran kita.

    ReplyDelete
  9. syabas kepada anggota bomba Lahad Datu.. hanya 3 minit saja untuk sampai ke lokasi kebakaran..

    ReplyDelete