Oleh : DEBRA CHONG
KUALA LUMPUR : Pengerusi
Bersih Datuk Seri Ambiga Sreenevasan menegaskan, tindakan memberi kerakyatan
demi undi, bukannya menuntut pilihan raya adil dan bersih, katanya sehari selepas ahli Parlimen Umno menuntut supaya
beliau dihukum gantung.
Peguam itu yang juga merupakan
seorang aktivis telah mengetuai gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih
termasuk menuntut pembersihan senarai nama pengundi meragukan dibuang daripada
daftar pengundi telah berulang kali dianggap sebagai pengkhianat oleh pro
Barisan Nasional (BN) dan menuntut kerakyatannya dilucut.
Namun seorang pemimpin Umno
semalam mencadangkan Ambiga digantung kerana menganjurkan dua perhimpunan
jalanan, yang mana Najib mendakwa sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan.
“Mungkin kita seharusnya
boleh menggantung Ambiga atas penderhakaan terhadap Agong,” kata ahli Parlimen
Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz di Parlimen malam tadi, dan menyebabkan
berlakunya keganasan di ibu negara pada 28 April lalu.
Pemimpin yang sudah empat
penggal berkhidmat itu turut membandingkan Ambiga dengan pemimpin Al-Maunah
yang cuba menjatuhkan kerajaan pada 2000 dan telah dihukum gantung kerana
“mengisytiharkan perang ke atas Raja”, individu pertama yang dijatuhkan hukuman
tersebut.
“Gantung sahaja!!” Bunyinya
seperti Alice in Wonderland!!,” kata Ambiga terhadap kenyataan tersebut.
“Namun, serius, saya ada
soalan untuk ahli Parlimen, adakah saranan Bersih 2 akan di laksanakan sebelum
PRU13?” soalnya, melalui satu emel kepada The Malaysian Insider.
Beliau menjelaskan PRU13,
yang telah dispekulasikan dengan meluas akan dilaksanakan sebelum hujung April
depan, dilihat ditangguhkan oleh Najib perlu melaksanakan lapan tuntutan
Bersih.
“Tawaran oleh rakyat untuk
membantu membersihkan pilihan raya masih berjalan dan beliau selaku pemimpin
yang dilantik saya percaya lebih berminat untuk tahu respon berkenaan soalan
kritikal ini,” kata Ambiga.
Tambah beliau: “Berhubung
penderhakaan, menuntut pilihan raya adil dan bersih bukanlah satu penderhakaan.
Memberi kerakyatan untuk undi barulah sejenis penderhakaan.”
No comments:
Post a Comment