Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Kumpulan
pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini menyerahkan
memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di keduataan mereka ekoran isu
tiga diplomat Singapura dari negara ini yang didakwa menyertai perhimpunan duduk
bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
Kumpulan berkenaan yang
diketuai oleh Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, hari ini telah menyerahkan
memorandum bantahan terhadap Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak di
sini, bersama-sama sekitar 300 penyokong badan bukan kerajaan Melayu itu.
Mereka turut dilihat
melaungkan slogan menentang Singapura dan tiga diplomat mereka, sambil
menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Protes yang berlangsung
sekitar jam 1.20 petang itu turut melihatkan kehadiran Ahli Parlimen
Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin.
Sebelum ini, satu
demonstrasi yang dirancang di hadapan bangunan pesuruhjaya negara republik
tersebut gagal setelah tiada seorang daripada peserta demonstrasi tersebut
hadir.
Protes yang tidak mendapat
sambutan, yang dipercayai anjuran blogger Umno itu juga sepatutnya bermula
sekitar jam 2.30 petang sejurus selesai Solat Jumaat dengan berarak daripada
Masjid KLCC berhampiran Menara Berkembar Petronas, dan berakhir di Kedutaan
Singapura pada 22 Jun lalu.
Blogger pro Umno 'mymassa'
telah menuduh tiga diplomat Singapura mengadakan ceramah yang menggesa supaya
rakyat Singapura menyertai pilihan raya umum ke-13, berdasarkan pendedahan
gambar pertemuan berkenaan yang didakwa diambil di Bandaraya Singa tersebut
baru-baru ini.
Walaubagaimanapun,
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang dihubungi The Malaysian
Insider telah menafikan penglibatannya pihaknya dalam protes yang dirancang
pada Jumaat lalu, sebaliknya menegaskan, “Perkasa tidak merancang untuk
melakukan protes. Kami tidak terlibat.”
Sementara itu, Kementerian
Luar Singapura (MFA) dalam kenyataan sebelum ini menegaskan, republik itu tidak
pernah terlibat dalam penyertaan perhimpunan Bersih 3.0 hujung April lalu
sebaliknya menjelaskan, tiga diplomat mereka berada di lokasi perhimpunan duduk
bantah itu adalah sekadar menjadi pemerhati dan tidak menyokong mana-mana
pihak.
Dipetik laman Berita Harian
Singapura versi online, Cyberita, ketiga-tiga diplomat yang dikatakan oleh
blogger Malaysia, “mymassa” menyertai perhimpunan duduk bantah dengan memakai
baju-T kuning juga adalah tidak benar.
“Ini sebahagian daripada
tugas profesional diplomatik biasa. Mereka secara khusus tidak mengenakan
pakaian berwarna kuning bagi mengelak disalah anggap sebagai penyokong
perhimpunan itu.
“Mereka pemerhati. Mereka
juga menjauhi Dataran Merdeka, yang diisytihar pihak berkuasa Malaysia sebagai
kawasan larangan,” kata MFA dipetik laman tersebut.
Menurut kenyataan yang
dikeluarkan MFA itu lagi, ada keperluan
untuk meletakkan diplomatnya di Kuala Lumpur ketika perhimpunan tersebut
belangsung kerana ramai rakyat negara republik berkenaan di Kuala Lumpur ingin
mendapatkan nasihat.
“Malah, pegawai yang berada
di kawasan itu dapat membantu Pesuruhjaya Tinggi dalam menyalurkan nasihat dan
bantuan konsular dengan lebih berkesan,” ujar MFA.
Perkasa pun mahu busy body juga, ya?
ReplyDeletePerkasa is too free in the hands as always.
Deletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
The Singapore diplomats have explain that their participation in the Bersih rally is a part of their diplomatic duties.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Sekarang,ketiga2 diplomat tu diminta untuk hentikan khidmat mereka di kedutaan Singapura di Malaysia dan diminta memohon maaf kepa kerajaan dan rakyat Malaysia.
DeleteMemang tidak ketinggalanlah Ibrahim Ali kalau perkara2 macam ni.
ReplyDeletePerkasa kan badan bebas, jadi semua dia nak masuk campur.
ReplyDeleteMereka bukannya menyertai perhimpunan tersebut. Tapi menjadi pemerhati untuk perhimpunan tersebut.
ReplyDeleteBetul? Jadi kenapa Perkasa ni emo saja.
DeletePERKASA jangan pula menjadi seperti Indonesia yang menyerang kedutaan Malaysia di Negara mereka. Jangan contohi budaya seperti itu.
ReplyDeletejgnlah ikut mcm tu.. kita bukan mcm negara Indonesia.
DeleteApa hal la Singapura masih campur dalam isu M'sia.
ReplyDeletekenapa juga si Ibrahim mahu masuk campur ni?? sibuk saja la orang tua ni.. itu urusan kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura la, bukan urusan antara parti politik..
ReplyDeletesilap2 situasi yang semakin baik boleh jadi bertambah2 buruk jika Perkasa terus dibiarkan membuat kenyataan provokatif terhadap negara jiran..
ReplyDelete