Monday, 25 June 2012

MALAYSIA KESAL KEKERASAN DI INDONESIA




PUTRAJAYA : Malaysia sama sekali tidak dapat menerima tindakan kekerasan yang membabitkan kepentingan negara ini di Indonesia dan komen-komen provokatif yang telah dilakukan oleh beberapa pihak di Indonesia kebelakangan ini.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan kekerasan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang dikatakan mewakili Pemuda Pancasila di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan dan di hadapan Wisma Malaysia di Menteng, Jakarta, pada 22 Jun lepas serta komen-komen provokatif oleh seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dalam program 'Neo Democrazy' siaran Metro TV pada 21 Jun lalu merupakan tindakan yang boleh dikecam.

"Adalah amat dikesali sekali tindakan liar dan komen-komen provokatif tersebut dibuat ekoran tuduhan meleset dan ketidakfahaman tentang rancangan atau rencana untuk melestari dan memelihara budaya warisan masyarakat Mandailing yang berasal dari Sumatera di Malaysia.

"Rancangan tersebut sememangnya tidak bermaksud bahawa budaya warisan berkenaan berasal dari Malaysia," katanya dalam kenyataan media di sini.

Anifah berkata tindakan kumpulan penunjuk perasaan tersebut telah mengakibatkan kecederaan kepada seorang anggota keselamatan/pengaman Kedutaan Malaysia yang ditempatkan di Wisma Malaysia dan hampir mencederakan seorang anggota yang lain.

Kedua-dua anggota keselamatan yang bertugas merupakan warga Indonesia.

Katanya tindakan kekerasan tersebut juga telah mengakibatkan kerosakan kepada bangunan Wisma Malaysia dan persekitarannya, di samping mengancam keselamatan pegawai dan kakitangan serta keluarga mereka yang ditempatkan di bangunan berkenaan.

"Berdasarkan hubungan istimewa dan saling menguntungkan yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Republik Indonesia, kerajaan Malaysia percaya bahawa kerajaan Indonesia akan mengambil langkah-langkah susulan sewajarnya dalam menangani tindakan agresif dan provokatif tersebut.

"Kerajaan Malaysia juga sebelum ini telah meminta dan terus berharap agar semua premis-premis kerajaan Malaysia dilindungi dari sebarang ancaman sejajar dengan peruntukan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961," katanya.

Katanya kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah mengemukakan dua nota diplomatik kepada Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia pada 22 Jun lalu bagi menyampaikan pendirian, kekesalan dan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap tindakan kekerasan dan provokatif tersebut.

Jelasnya kedutaan Malaysia juga berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menangani perkembangan ini dengan lebih berkesan.

Sementara itu Wisma Putra telah meminta Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur supaya hadir Isnin di kementerian itu untuk menerangkan pendirian Malaysia berhubung perkembangan tersebut. (Bernama)

12 comments:

  1. Rakyat Indonesia ni terlalu emosi dan terlalu berpandangan negatif dengan Malaysia. Mungkin mereka fikir Malaysia mahu mencuri budaya mereka dengan tindakan melestari dan memelihara budaya warisan masyarakat Mandailing ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mereka tidak mahu warisan budaya mereka ada di negara ini, bukankan lebih elok jika mereka mendesak kerajaan mereka untuk membawa pulang warga mereka yang menetap atau bekerja di negara ini balik ke kampung halaman masing2..

      Delete
  2. Why can't Indonesians and Malaysians have a peaceful relationship?

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Because Indonesians like to use violence when they get emotional. Immature.

      Delete
  3. This is why we do not condone demonstrations, too much demonstration for the wrong reason can bring many negative impact.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Betul-betul tidak sangka apa yang berlaku di Indonesia ini.

    ReplyDelete
  5. Tindakkan penduduk Indonesia yang menyerang kedutaan Malaysia di Negara mereka itu memang tidak patut.

    ReplyDelete
  6. tidak patut mereka buat begitu hnya kerana perkara kecil mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budaya mereka memang macam tu, tengok saja dalam penjara siapa yang paling ramai

      Delete
  7. Kalau benci sangat M'sia, buat apa datang cari rezeki di M'sia

    ReplyDelete
  8. kerajaan Indonesia patut mengawal tindak tanduk rakyatnya.. sedar la.. negara Indoensia sekarang berada di tangga ke 63 dalam ranking negara paling aman.. Malaysia pula ditangga ke 20..

    ReplyDelete
  9. kalaulah rakyat Malaysia ikut cara rakyat Indonesia, sudah lama rakyat di negara ini melemparkan bom di kedutaan Indonesia.. lihat saja berapa ramai warga Indonesia yang datang ke negara ini secara haram dan melakukan jenayah disamping membawa penyakit berjangkit..

    ReplyDelete