Wednesday 27 June 2012

MDT MUSNAHKAN POKOK DEMI TANDAS?



TENOM: Majlis Daerah Tenom (MDT) sering melakukan kesilapan dalam aspek pembangunan sehingga menimbulkan keraguan samada projek yang dilaksanakan memberi manfaat kepada rakyat atau segelintir pihak berkepentingan sahaja.

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) merangkap Ketua CLC N.34 Liawan, Datuk Frankie Chong berkata, kesilapan terbaharu ialah apabila pokok berusia ratusan tahun ditebang bagi memberi laluan kepada pembinaan tandas awam di Padang Pekan Tenom.

“Ia adalah satu tindakan yang kurang wajar dan tidak sepatutnya berlaku, pokok yang ditebang itu adalah diantara pokok-pokok yang disebut ’centenary trees’ yang amat bernilai.

“Pokok itu musnah begitu sahaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kawasan persekitaran padang itu adalah ‘kawasan lapang hijau’ yang amat cantik kerana dikelilingi pokok-pokok berusia ratus tahun sehingga menjadi tarikan  orang ramai dan pelancung.

Katanya, pokok-pokok itu boleh dianggap sebagai salah satu mercu tanda kepada pekan Tenom.

Frankie yang berasal dari Tenom turut berkata bahawa,  pokok-pokok tersebut menjadi nostalgia kepada warga pekan itu kerana memberi perlindungan kepada para peserta pelbagai acara rasmi sehingga kepada acara sukan sejak dahulu hingga ke hari ini.

Katanya, padang tersebut mempunyai astaka yang cantik berserta dengan kemudahan tandas didalamnya.

Beliau menambah, sebuah tandas awam juga terdapat berhampiran dengan astaka berkenaan. “Saya bukan membantah pembinaan tandas awam yang memberi kemudahan kepada orang ramai tetapi adalah lebih baik jika tandas awam sedia ada yang berdekatan astaka itu dibuat penambahbaikan dan dinaik taraf jika perlu dengan peruntukan yang sedia ada kerana ia terletak hanya lebih kurang 100 meter  daripada tandas yang hendak dibina itu.

“Sebuah tandas awam juga terdapat dikawasan stesen keretapi berhampiran.

“Maka adalah wajar jika MDT membatalkan cadangan membina tandas awam baharu itu,” katanya.

Menghuraikan kesilapan MDT, Frankie berkata, pembinaan taman permainan kanak-kanak disebelah kiri astaka itu beberapa tahun dahulu telah menyebabkan kawasan lapangnya menjadi sempit dan pada masa yang sama telah memusnahkan pemandangan dan lanskap hijau persekitaran padang tersebut.

Frankie berkata, beliau telah membuat bantahan rasmi kepada MDT disamping memberi cadangan agar taman permainan kanak-kanak itu dibina di kawasan berdekatan dengan kelab hiburan lama dan gelanggang bola keranjang yang terbengkalai.

Katanya, tapak yang dicadangankannya lebih luas dan selamat kerana terletak besebelahan dengan jalan di padang pekan itu.

Frankie berkata, satu lagi kesilapan MDT telah dilakukan beberapa tahun lalu apabila sebahagian besar kawasan letak kereta yang berhadapan dengan Tenom Hotel dijadikan medan selera.

Katanya, medan selera itu tidak mendapat sambutan malah kebanyakan warung-warung yang didirikan terletak dibelakang restoran dan kedai kopi menyebabkan Tenom tidak tersusun dan menjadi sebuah pekan rojak.

Beliau berkata, MDT telah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membina tempat letak kereta itu bagi mengatasi masalah tempat letak kereta yang tidak mencukupi sehingga ke hari ini.

Frankie menambah beliau telah menasihati MDT mengenai pembinaan medan selera itu tetapi tidak diendahkan.

“MDT melakukan kesilapan demi kesilapan yang meragukan sehingga menimbulkan syak wasangka bahawa semua kesilapan itu disengajakan hanya kerana untuk memenuhi nafsu segelintir pihak yang dahagakan projek sahaja.

“MDT seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap kepentingan awam dengan mengambil kira pembangunan jangka panjang yang memberi manfaat kepada masyarakat dan pengguna di Tenom.

“Lebih-lebih lagi, Tenom adalah destinasi pelancungan, justeru itu perlu diambil kira semua aspek pembangunan yang ingin dilaksanakan supaya hanya projek yang menjurus kepada tarikan pelancungan yang holistik sahaja dilaksanakan.

“Perlu diingat bahawa semua projek yang ingin dilaksanakan selain dapat memenuhi permintaan pembangunan ia juga seharusnya tidak menimbulkan masalah jangka panjang.

“Keseimbangan pembangunan dan keperluan memelihara alam semula jadi atau alam sekitar boleh dicapai melalui amalan pengurusan bijak,” katanya.

11 comments:

  1. tandas tu nnti sama2 jg guna.

    ReplyDelete
  2. There must be a relevant reason why they did that.

    ReplyDelete
  3. Tanam balik pokok2 tersevur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DBKK dalam program penanaman pokok, jadi MDT perlu mencontohi DBKK

      Delete
  4. Tidak patut jadikan isu ni. tebang pokok bukannya sembarang, sebab mau buat tandas awam untuk kegunaan orang awam juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP ni isu2 merepek pula dibangkitkan.

      Delete
  5. MDT perlu mengutamakan rakyat sekitar seperti mana seruan kerajaan dalam mengindahkan kawasan masing2 dan menjaga kebersihan.

    ReplyDelete
  6. Rancang dengan sebaiknya sebelum melaksanakan projek tersebut.

    ReplyDelete
  7. Persekitaran yang baik juga perlu diambil kira. Tumbuhan perlulah dijaga dengan baik supaya keseimbangan dapat dijaga.

    ReplyDelete
  8. cuma sebatang pokok saja yang ditebang, bukannya semua.. lagipun, tandas awam juga penting.. jika ada acara besar2an di padang itu, mampukah tandas astaka itu menampung jumlah pengguna/pengunjung??

    ReplyDelete
  9. jika SAPP sayang sangat dengan sebatang pokok yang ditebang itu, kenapa tidak kutuk Yong Teck Lee yang bertanggungjawab meluluskan lesen pembalakkan kepada 265 syarikat/kroni yang melibatkan keluasan hutan 300000 hektar??

    ReplyDelete