Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
PERTUBUHAN Ikatan Usahawan
Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini menuntut perdana menteri supaya
menubuhkan jawatankuasa khas untuk bertindak ke atas kebanjiran penjaja warga
asing yang didakwa menjejaskan peluang perniagaan mereka.
Presiden IKHLAS, Mohd
Ridzuan Abdullah mendakwa, ruang untuk perniagaan itu sepatutnya digunakan oleh
peniaga tempatan khususnya oleh peniaga Melayu tetapi banyak ruang berkenaan
kini digunakan peniaga asing.
Beliau mendakwa, keadaan itu
antara lainnya berpunca daripada tindakan peniaga tempatan sendiri yang
menyewakan premis mereka kepada peniaga warga asing.
"Ada 51,000 peniaga
(kecil) yang berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan 80
peratus (daripadanya) ali baba.
NONE"Mereka ini tidak
bawa keuntungan kepada kerajaan kerana warga asing ini tidak bayar cukai
pendapatan," dakwanya ketika ditemui sebelum menyerahkan memorandum
berhubung tuntutan itu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Beliau mendakwa isu
berkenaan pernah diketengahkannya kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur namun
tiada jawapan memuaskan.
Oleh sebab itulah beliau
hadir untuk menghantar memorandum berkenaan bersama kira-kira 250 orang peniaga
hari ini, katanya.
Dalam perhimpunan itu,
kumpulan berkenaan turut membawa kain rentang dan poster yang menyokong Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sesiapa yang didapati menyewakan lesen atau premis mereka kepada warga asing bagus tarik balik lesen dan premis tu. penguatkuasaan biar lebih ketat dan tegas barulah mereka takut.
ReplyDeleteIf these foreign businessmen came to our country with legit documents and business license, there is nothing we can do about it since it is lawful. Unless these came in through the back doors.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Local businessmen should work harder to compete with these foreign businessmen.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Situasi ini pun berlaku di Sabah. Semakin banyak penjaja asing yang muncul. Lebih baik kita membeli dari peniaga tempatan saja.
ReplyDeletepenjaja asing kini makin ramai dan ini telah menutup peluang kepada penjaja tempatan. seharusnya orang tempatan diutamakan.
ReplyDeletekita sebagai pembeli, lebih baik jgn membeli dari penjaja asing, bantu penjaja tempatan.
ReplyDeleteSemoga suara peniaga tempatan ini dapat didengar oleh PM kita.
ReplyDeletePeniaga tempatan memang berhak untuk bersuara dan menghalau peniaga asing yang mempunya perniagaan yang tidak sah.
DeletePihak berkenaan perlu lebih peka dan kerap melakukan operasi untuk menangani masala peniaga asing.
ReplyDeleteba ambil tindakan sekali terhadap pemilik premis yang menyewakan premis mereka kepada warga asing..
ReplyDeletekalaulah orang Malaysia ini pergi keluar negara, pasti susah mahu cari makan.. sebab tidak pandai bersaing dengan bangsa lain.. asyik mengharapkan bantuan saja..
ReplyDelete