Friday 8 June 2012

FLAT SUN PAR LAI BAKAL RUNTUH



Saudara Pengarang,

MUNGKIN kejadian kondominium runtuh, Highland Tower di Ulu Kelang akan berulang jika Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tidak mengambil langkah pencegahan dan pengawalseliaan terhadap Flat Sun Par Lai di Sandakan.

Sebagai penghuni, kami telah banyak kali melaporkan keadaan flat yang kami diami dalam keadaan semakin condong akibat hakisan tanah yang dikenalpasti berpunca daripada hakisan tanah yang diteroka pendatang asing tanpa izin.

Tidak berpuas hati dengan layanan MPS, kami turut melaporkan kejadian ini kepada ADUN Elopura, Au Kam Wah, namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil MPS dan juga Au menyebabkan kami menjalani kehidupan kami dalam keadaan was was dan tidak lena tidur.

Sehubungan itu, kami menggesa agar MPS dan semua pihak berwajib prihatin dengan nasib kami dan risiko nyawa kami yang akan melayang pada bila-bila masa jika flat yang kami diami runtuh. Apakah MPS lebih mengutamakan PATI daipada rakyat tempatan?

Salam Hormat,

HALIM

9 comments:

  1. The MPS should give attention to the prevention of the Sun Par Lai flat as its considered to be dangerous due to the landslide problem.

    ReplyDelete
  2. Hope that the local MP Au Kam Wah will help the flat residents to resolve this problem.

    ReplyDelete
  3. baik ambil tindakan awal sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  4. ADUN dan MPS perlu melihat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka ini.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Idris says sub-contracting is one reason for poorly built houses. Contractors work on very thin margins particularly for low-cost houses costing about 66,000 ringgit ($21,710) each under the government Rumah Mesra Rakyat (friendly people’s housing) scheme.

      They stand to make between 10% and 15% if they build the houses themselves. But if they sub-contract it to another for the same price, it is clear that the sub-contractor will have to cut corners to make a profit.

      Delete
  6. Buyers have always complained of poor quality houses because building contractors cut corners, according to Idris Haron, chairman of Syarikat Perumahan Nasional Berhad, the national housing company. And he has offered two solutions to builders that he hopes will ensure good and cheap houses for the poor: He forbids them from sub-contracting their projects while his company will no longer retain 5% of their contract money as a guarantee against building defects.

    ReplyDelete
  7. berpunca daripada hakisan tanah yang diteroka pendatang asing tanpa izin?? mana hakisan tanah yang disebabkan oleh PATI?? tunjukkan la gambar tu dengan jelas.. barulah pihak2 yang berkenaan nampak dengan jelas keadaan flat itu..

    ReplyDelete
  8. kalau flat sudah semakin condong, baik pindah rumah saja la.. apa lagi yang boleh dilakukan oleh pihak MPS selain mengarahkan penghuni berpindah?

    ReplyDelete