Saturday 16 June 2012

JKM DIIDAKWA TIPU ISU IC ANAK JAGAAN



           
Oleh :  ZULAIKHA ZULKIFLI
             
PERTUBUHAN Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) mendakwa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menipu apabila mendakwa tidak dimaklumkan berhubung isu status kenegaraan 1,758 anak bekas penghuni institusi jagaannya.

Presidennya, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM Noraini Mohd Hashim berhubung perkara itu kelmarin bertujuan untuk memanipulasikan fakta.

Sebaliknya, Muhammad Khairul berkata, beliau sebelum ini telah berjumpa sendiri dengan Noraini pada 4 Jun lalu di Putrajaya.

"Saya dah pergi ke JKM dan beri dia (Noraini) 20 nama. Dia kata akan bantu. Kalau saya bagi dia semua seribu nama, dia boleh selesaikan semua ke?

"Cik (wartawan) pun ada masa saya pergi ke JKM kan? Semua media boleh jadi saksi. Dan masa perbincangan itu, saya dengan pembantu saya dan Noraini bersama pembantu Cik Noraini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rabu lalu, Bernama melaporkan, Noraini berkata, pihaknya tidak menerima maklumat mengenai dakwaan Perbak dan tidak boleh menyiasatnya jika senarai nama berkaitan tidak diserahkan.

Menurut Muhammad Khairul lagi, semasa pertemuannya dengan Noraini minggu lalu, beliau diarahkan supaya 'tutup mulut' tentang perbincangan itu.

"Dia suruh saya tutup mulut dan nak bagi bantuan 1Azam dan bantuan bulanan. Dia yang suruh datang sebab nak bincang.

"Saya takkan kembali ke sana (pejabat JKM). Kerana bagi saya dia cuba nak memperbodohkan dan mempermainkan dengan saya," katanya sambil menambahkan akan membuat satu lagi pendedahan berkaitan pada Isnin depan.

Sebelum ini, Perbak mendedahkan seramai 1,758 individu di bawah persatuannya yang keluar daripada JKM tidak mendapat status warganegara.

Sehubungan itu, Muhammad Khairul mengancam untuk ''berperang'' dengan JKM sekiranya tiada tindakan setelah menyerahkan 20 nama kepada Noraini. (MKINI)

8 comments:

  1. lebih baik Perbak dan JKM bekerjasama dalam selesaikan isu ini.

    ReplyDelete
  2. Ada sesuatu yang tidak kena dengan JKM. harap perkara ni mereka boleh selesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  3. JKM, please be transparent.

    ReplyDelete
  4. Mengenai JKM ini sebaiknya siasat dan jika ada bukti cuba tunjukkan kepada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  5. Mengenai IC bukannya satu permainan. Maka perlu dipandang serius mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hal ini akan sangat serius. amalan rasuah mungkin.

      Delete
  6. Perlu ka sampai menipu dokument. diharap dikenakan siasatan

    ReplyDelete
  7. selesaikan kes ini dimahkamah.. sampai bila2 pun masalah ini tidak akan selesai jika sekadar berbalas2 pantun di media.. akhirnya yang jadi mangsa ialah anak2 bekas jagaan institusi JKM..

    ReplyDelete