Sunday 10 June 2012

KENAPA TERIMA PEMIMPIN YANG KHIANAT?




DUA KALI... Lajim Yusuf sebelum ini telah menyerahkan  borang kemasukan menjadi ahli Umno kepada Azizah dalam satu majlis di kampung Kibatu beberapa bulan lepas.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MAJORITI ahli Umno di bahagian Beuafort berharap Umno Pusat tidak akan membuat keputusan 'double standard' dalam menerima sebarang kemasukan pemimpin dari parti pembangkang terutamanya mereka yang telahpun dipecat keahlian untuk menyertai semula parti itu; apalagi jika yang pemimpin terbabit pernah menentang Umno semasa pilihnaraya yang lepas.

Ketua Umno Cawangan Beaufort III, Amsir Dani berkata peraturan jelas diputuskan oleh  Ahli Majlis Tertinggi Umno bahawa mana-mana ahli yang pernah menentang Umno sebagai calon parti pembangkang; maka keahlian mereka dengan sendirinya lucut dan tidak mungkin Umno semudah itu menerima kemasukan mereka ke dalam parti itu.

Amsir berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan bekas calon PKR Parlimen Beaufort, Lajim Yusuf bersama 80 orang lain menyertai Umno dalam satu majlis yang diadakan di rumah Ketua Pergerakan Wanita Umno di Kampung Limbawang kelmarin setelah Lajim menyerahkan borang pemohonan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua Lajim menyerahkan borang permohonan menyertai Umno. Sebelum ini Lajim pernah menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort, Datuk Hajjah Azizah Datuk Mohd. Dun dalam satu majlis di kampung Kitabu, dekat sini beberapa bulan lepas.

Menurut Amsir, sebagai ahli Umno, bukan niat mereka untuk mempertikaikan keputusan Lajim bersama rakan-rakan atas kesedaran dan keinsafan menyertai parti Umno.

Bagaimanapun menurutnya, terdapat kes sebelum ini bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu Datuk John Ghani yang sebelum ini ahli Umno tapi meletakkan keahlian dan jawatannya dalam parti Umno bagi bertanding atas tiket bebas di DUN Kuala Penyu pada pilihanraya Umum  2004.

"Saya difahamkan beliau memohon semula menyertai Umno dan dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan di mana dalam rayuannya dibuat melalui Umno bahagian dan Negeri. Bagaimanapun sehingga kini kita difahamkan rayuannya belum diterima," katanya.

"Berdasarkan keadaan itu, kita dapati ada elemen pilih kasih dan double standard dalam perkara ini," tegasnya sambil meragui keputusan yang diambil kepimpinan Umno dalam soal penerimaan kemasukan bekas ahli untuk kembali semula ke dalam parti itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak nampak sebarang keistimewaan bekas ahli yang khianat Lajim Yusof dengan Datuk John Ghani, tetapi Lajim boleh diterima kembali dengan mudah berbanding John Ghani yang seolah-olah dianiaya.

Bagi Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Ibrahim Salim, walaupun kemasukan Lajim menyertai Umno baru di peringkat permohonan; namun perlu dilakukan mengikut peraturan sekurang-kurang dibawa ke peringkat bahagian untuk diteliti dan dibincangkan sebelum mengemukakan rayuan di peringkat ibu pejabat dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Pusat

"Permohonan kemasukan ini seolah-olah membelakangkan kepimpinan Umno bahagian dan jika permohonan diterima akan membawa kesan kepada permohonan orang lain dalam kes yang sama kepada Umno Jika ditolak, akan menjejaskan imej pemimpin Umno kerana yang menerima borang permohonannya adalah orang nombor satu dalam kepimpinan Umno Sabah," jelas  Ibrahim.

Menurut Ibrahim lagi, siapa pun berhak menyertai Umno malah sangat dialu-alukan namun dalam kes permohonan Lajim untuk menyertai Umno dilakukan dalam agenda atau motif yang tersembunyi kerana selain dilakukan sebanyak dua kali; Umno bahagian juga tidak dimaklumkan dan membincangkan permohonan Lajim bersama rakan-rakannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Umno Bahagian, seolah-olah memberikan gambaran tidak wujud Bahagian Umno di kawasan tersebut.

Katanya lagi, jika permohonan Lajim bersama rakan-rakan beliau diterima semudah itu oleh pucuk pimpinan Umno seolah-olah memberikan gambaran segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Umno sebelum ini tidak telus dan sentiasa berubah-ubah.

Sambil menyifatkan kemasukan tersebut tidak akan memberikan kesan kepada kekuatan BN di kawasan tersebut, malah Ibrahim berkata akan membawa kemarahan kepada ahli-ahli Umno yang sekian lama berjuang sebelum ini kerana pemimpin yang pernah menentang dan mencemuh pemimpin dan parti Umno sebelum ini dengan sebegitu mudah diterima menjadi ahli parti Umno dan difahamkan diberikan peranan penting sebagai jentera pilihanraya bagi menghadapi PRU akan datang.

35 comments:

  1. pemimpin yang mempunyai rekod tidak bgs tak perlulah diterima, nnti jadi perasit pla.

    ReplyDelete
  2. Jangan saja ada niat lain yang tersembunyi kalau sertai parti yang baru. kenalah ikhlas.

    ReplyDelete
  3. WR yang tidak bertanggung jawab harus dikeluarkan dari senarai calon.

    ReplyDelete
  4. Jika ikhlas terhadap rakyat, semua parti adalah sama juga.

    ReplyDelete
  5. Ini cuma merosakkan nama baik UMNO semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama baik bukan diberi tetapi dipeliharakan.

      Delete
  6. Ada juga golongan yang tidak kerja dengan baik untuk berkhidmat untuk rakyat, itulah sebab rakyat harus menilai keupayaan individu tersebut.

    ReplyDelete
  7. Perosak parti harus disingkirkan dari senarai calon.

    ReplyDelete
  8. Jika benar-benar pemimpin itu ingin berubah bagaimana pula? rasanya tidak ada salahnya memberikan peluang kepada mereka ini.

    ReplyDelete
  9. Biarkan saja setiap orang ada pilihan yang terbaik untuk mereka. Selagi mereka rasa tidak puas hati selagi itu mereka akan mencarinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang2 mahu perlu buat keputusan. Bersama dalam UmnoBN atau keluar.

      Delete
  10. Jangan ada ahli yang menjadi duri dalam daging

    ReplyDelete
  11. macam tidak tahu.. politik di Malaysia ni, pemimpin2 lompat la yang paling laris sekali.. sebabnya ialah, pemimpin2 ini mempunyai banyak cerita berkenaan dengan parti yang disertainya dahulu untuk dimanfaatkan ketika kempen pilihanraya nanti..

    ReplyDelete
  12. Community leaders play an important role and their contributions are appreciated by the Barisan Nasional government.

    ReplyDelete
  13. They are important grassroots leaders who serve as the link between the government and people.

    ReplyDelete
  14. They assist the people to get assistance. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said this at a meeting with community leaders of the Kudat zone .

    ReplyDelete
  15. Musa said community leaders have a responsibility to inform the people on the sincerity of the government, especially the Prime Minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) in safeguarding the people’s interest.

    ReplyDelete
  16. This is because many still are unable to obtain information through the print and electronic media on what the government is doing for them and the country.

    ReplyDelete
  17. They must also respond to issues including allegations aimed at discrediting the BN government and leaders.

    ReplyDelete
  18. The people, he said, must be given a clear picture of the efforts being made by the government.

    ReplyDelete
  19. The Chief Minister also told the community leaders at the gathering not to be used by certain leaders for their personal interest.

    ReplyDelete
  20. The Chief Minister urged them not be taken in by the claims and lies spread through the Internet and should not waste time listening to the opposition who have no agenda for the people.

    ReplyDelete
  21. Musa added that the people including community leaders should not focus on trivial issues that would only cause a split and weaken the government.

    ReplyDelete
  22. What is important is to serve the people and maintain our strength at the grassroots level.

    ReplyDelete
  23. It is imperative for them to ensure the development for the people in their areas are implemented comprehensively and effectively.

    ReplyDelete
  24. On the gathering, he said such a programme was able to boost the spirit of cooperation as well as the people’s support for the government.

    ReplyDelete
  25. This is the way in BN. We meet always, discuss and go to the ground to meet the people and work as a team.

    ReplyDelete
  26. As such, the community leaders play an important role in assisting the government to ensure the success of its policies and programmes aimed to benefit the people.

    ReplyDelete
  27. Meanwhile, the Chief Minister said many programmes such as the 1Malaysia concept, GTP, ETP, NKRA, NKEA, 1Malaysia Clinic, Kedai Rakyat 1Malaysia, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) and Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) had been introduced in the last three years.

    ReplyDelete
  28. Musa also said the Prime Minister had approved a huge allocation to carry out many development programmes in Sabah, including for implementation in the rural areas.

    ReplyDelete
  29. “Our achievements are regconised by foreign leaders who visit the country. They are impressed by the country’s progress and the harmonious co-existence of the people.They wish to learn from us…our secret for success,” he said.

    ReplyDelete
  30. According to him, the BN government was farsighted and has a clear vision and strong political will.

    ReplyDelete
  31. The political struggle of opposition on the other hand, he said, was for personal gains. “They don’t have any track record and are opportunists running out of ideas. They tell lies, make empty promises and exploit issues for their own benefit,” Musa added.

    ReplyDelete
  32. “Do not choose wrongly and gamble away our future. And with your support, we must ensure the BN government stays strong,” he said.

    ReplyDelete