Sunday 10 June 2012

PATRICK SINDU MASUK MIC LAWAN KIMMA?




Saudara Pengarang,

SAYA, Hj Sarrulnizam Bin Suofi, bekas kerani kanan hak asasi manusia ingin memberikan sedikit pendapat berhubung artikel yang diterbitkan dalam Sabahkini.net sejak akhir-akhir ini mengutuk tindakan .Sikap kebudak-budakkan Datuk Patrick Sindu harus ditegur agar beliau tahu apa salah dan silap beliau sedang lakukan.

Sebelum saya cerita panjang, saya bagi satu contoh hubungan Patrick Sindu dengan MIC Sabah. Patrick Sindu merupakan kawan baik kepada bekas Pengerusi Malaysia Indian Congress (MIC) Silam Sabah, iaitu Nagaraju Appalasamy. Patrick Sindu juga mempunyai hubungan rapat dengan Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D. Ini bukan fitnah kerana saya mempunyai saudara mara di Lahad Datu. Mereka semua orang Lahad Datu, tinggal dan buat kerja di Lahad Datu.

Jika pembaca ingin bukti kukuh lagi, mereka semua datangnya daripada satu pertubuhan yang sama iaitu Persatuan Pengguna Sabah (CASH). Nagaraju ialah Pengerusi CASH Lahad Datu; manakala Mutalib M.D ialah Pengarah Biro Aduan Awam Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH). Mereka semua digunakan oleh MIC untuk menjatuhkan DPPIMS. Patrick juga mempunyai hubungan dengan India lain di sana. Beranikah Patrick Sindu dan Mutalib M.D menidakkan hal tersebut?

Sejak akhir-akhir ini, Datuk Patrick Sindu sering kali meminta Sabahkini.net menyiarkan artikel mengutuk orang India Muslim di bawah DPPIMS. Saya kurang faham mengapa Patrick Sindu berkelakuan seperti itu? Secara peribadi saya mempunyai beberapa pandangan persendirian.

Kalau tidak dijanjikan madu, manakan Patrick Sindu sanggup berbuat sedemikian. Namun seribu satu tanda persoalan, siapakah yang menghidangkan Madu tersebut kepada Patrick Sindu? Saya merasakan bahawa ada ‘spy’ atau orang yang dipasang oleh beberapa orang ini dalam DPPIMS untuk membocorkan rahsia rahsia pertubuhan mereka.

Dalam hal ini saya rasa Baisul Khan perlu berhati-hati dengan mereka. Khabar daripada Lahad Datu mengatakan bahawa ada orang melihat beberapa India Muslim melepak bersama veteran MIC di situ dan juga bersama Patrick. Mereka boleh buat apa saja untuk duit kerana Patrick tidak mempunyai apa-apa modal lain.

Patrick Sindu dilihat seorang yang mempunyai masalah perkauman dan keagamaan. Beliau begitu benci dengan masyarakat India Muslim sejak dahulu lagi. Setiap kali membuka mulut, Patrick menfitnah India terutama mereka yang Islam. Kita faham DPPIMS terdiri daripada India yang beragama Islam yang membuat banyak aktiviti keIslaman di negeri Sabah.

Wahai Patrick Sindu, orang India Muslim amat berjasa dan DPPIMS banyak membantu saya kerana dan ringan tangan dan sentiasa membantu orang kampung mengikut kemampuan NGO tersebut. Kenapa Patrick meminta DPPIMS diharamkan?

Bukankah ahli DPPIMS tidak pernah membuat kacau bilau? Mereka tidak membuat jenayah dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan haram pun. Mereka juga tidak menganggu kita dan hanya membuat hal mereka sahaja.

Tuduhan pengomen bahawa mereka merosakkan anak-anak tempatan, merosakkan gadis tempatan, merosakan perpaduan kita dan sebagainya adalah tuduhan tidak berasas sama sekali. Tidak pernahpun ada rekod polis terhadap kaum India ini; kalaupun hanya ada satu atau dua yang terbabas iman. Janganlah hanya kerana satu dua masalah, semua dipersalahkan.

Saya pasti Patrick telah dipengaruhi pihak tertentu kerana pernah dipaparkan dalam satu blog beliau duduk minum arak bersama sahabat MIC di Lahad Datu. Ini bermakna, ada orang dalam MIC memberi suapan kepada Patrick untuk memburukkan rakan politik mereka, KIMMA.

Mereka mungkin tidak berpuas hati dengan Datuk Baisul Khan yang dahulunya ahli MIC dan kini mengetuai KIMMA. Jelas sangat MIC berjaya memper'lembu'kan Patrick untuk kepentingan mereka.

Janganlah Patrick berdolak dalih dengan kenyataan saya ini. Saya sudah masak dengan sikap beliau di seluruh Sabah. Kita mempersoalkan nilai kemanusiaan dan bukannya nilai buruk seperti mendesak DPPIMS yang banyak berjasa diharamkan.

Janganlah kita memecah belahkan perpaduan yang dibina oleh nenek moyang kita dengan susah payah. Kami mahu baca berita-berita penting untuk membina ilmu pengetahuan. Kami mahu berita bukannya fitnah. Sabahkini.net setiap hari menghidangkan fitnah kerana orang seperti Patrick boleh mengunakan pangkat yang dia ada untuk menjatuhkan maruah seseorang sesuka hati.

Sikap Patrick yang menyiarkan artikel dalam Sabahkini.net yang menyebabkan masalah perpaduan tercetus. Cuba baca balik artikel dalam Sabahkini.net. Apa komen masyarakat? Mereka menghina, mengkeji dan memaki hamun masyarakat India. Inikah satu tokoh yang baik? Jangan memberi peluang untuk orang ramai menaruh rasa benci terhadap masyarakat India. Sikap benci mereka terhadap masyarakat ini semakin hari semakin menebal. Ini semua kerana sikap pemimpin masyarakat yang kurang bertanggungjawab. Silap haribulan, banyak masalah bakal terjadi.

Patrick mendesak agar semua kepentingan orang India diboikot, namun sedarkah Patrick bahawa masyarakat tidak tahu siapa di antara mereka yang baik dan buruk. Mereka tidak tahu mana satu orang pemegang IC projek dan mana satu pemegang IC tulen.

Sikap Patrick ini menunjukkan beliau cemburu terhadap masyarakat India Muslim yang kian berjaya dalam perniagaan mereka. Masyarakat India harus berani menyaman Patrick Sindu dengan kenyataan seperti ini. Beliau pemimpin lidah bercabang dan berkata-kata seperti seorang yang tiada ilmu langsung.

Apa akan jadi kepada nasib rakyat Malaysia tulen jika perniagaan mereka terjejas? Patrick boleh tunjukkan apa juga bukti karut dalam internet, namum hakikatnya tiada siapa tahu. Misalnya, pendedahan Patrick baru-baru ini yang melibatkan Setiausaha Agung DPPIMS.

Salam Hormat,

HJ SARRULNIZAM BIN SUOFI

5 comments:

  1. I don't think Patrick Sindu is racist. It is better if an investigation is carried out on the DPPIMS matter.

    ReplyDelete
  2. Dalam politik ini pelbagai perkara boleh berlaku tanpa diduga. Maka kita tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Joseph Pairin Kitingan proposes that the government cancels all identity cards obtained by foreign immigrants through dubious means. He said the move was necessary to combat the ‘Project IC’ issue frequently raised by various parties in the state including the opposition.

      Pairin said PBS also wanted the process of changing to the new identity card next year to be further clarified.

      Delete
  3. it is important to prevent illegal immigrants or those who are not eligible from taking advantage of the programme to obtain birth certificates or identity cards. we want the relevant authorities especially the NRD to adopt a cautious approach in giving the birth certificate since it affects our sovereignty and national security as well as our future as Malaysian citizens if it falls into the hands of foreigners or people who do not qualify.

    ReplyDelete
  4. jika tuduhan Patrick adalah fitnah semata2, kenapa pihak DPPIMS tidak ambil tindakan undang2??

    ReplyDelete