Thursday 28 June 2012

SASHA KE MAHKAMAH AMBIL BORANG CERAI?




KUALA LUMPUR : Murai Batu agak sedih apabila terbaca dalam akhbar hari ini bahawa pasangan Raja Azmi dan Jalani Sidek telah mengambil keputusan untuk bercerai.

Selepas sekian lama bertahan dengan kontroversi, akhirnya mereka mengalah juga dan mengambil keputusan terbaik untuk kebaikan bersama.

Selepas itu, Murai Batu membelek laman-laman akhbar online lain untuk bacaan penambahan ilmu. Terkejut sedikit Murai Batu apabila terbaca yang bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, 36, dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (mahkamah yang sama Raja Azmi dan Jalani failkan perceraian).

Sasha hadir mengenakan baju kurung hitam dipadankan dengan tudung berona sama ditemani ibunya, kira-kira pukul 10 pagi, semalam.

Ketika ditanya mengenai tujuan ke mahkamah berkenaan, Sasha berkata, dia ingin menggunakan saluran mahkamah bagi menyelesaikan hal peribadi keluarga.

Namun, ada laporan yang menyebut mereka ternampak Sasha hadir untuk mengambil borang bagi memfailkan perceraian.

Sasha kemudian turut ditanya adakah kehadirannya itu berkenaan masalahnya dengan suami iaitu Salyo Priyanto,37, dia bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai perkara itu tetapi bersedia memberi kerjasama kepada pihak media.

Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

Tak tahu Murai Batu nak ulas apa lagi, setiap orang ada masalah mereka tersendiri dan dengan hanya dengan fikiran yang rasional mereka mampu membuat penyelesaian terbaik. Apa-apa pun, Murai Batu doakan yang terbaik buat Raja Azmi dan suami juga buat Sasha dan suami.

No comments:

Post a Comment