Friday 1 June 2012

WAJIBKAN AKTIVITI PENGURUSAN JENAZAH


SIJIL.....Azizah menyampaikan sijil kepada wakil peserta wanita pada majlis penutupan Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Kg Limbawang, Beaufort.
BEAUFORT: Semua Jawatankuasa Masjid dan Surau di kawasan Dun Klias disaran menganjurkan kursus pengurusan jenazah sebagai aktiviti tahunan yang wajib dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai umat Islam mempunyai pengetahuan fardhu kifayah itu.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata program ilmu keagamaan yang berkaitan dengan amalan dalam kehidupan dan kematian itu perlu dipergiatkan lagi demi memastikan keseluruhan umat Islam dapat menguruskan jenazah bila diperukan.
“Walaupun ianya fardhu kifayah, kita mahu lebih ramai yang boleh mengurus jenazah. Kita tidak mahu hanya beberapa orang-orang tertentu sahaja yang dapat melaksanakannya kerana ianya akan menimbulkan kesulitan sekiranya mereka tidak ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Kg Limbawang, di sini.
Seramai 60 peserta terdiri daripada lelaki dan wanita menyertai kursus sehari yang dianjurkan Badan Masjid Kg Limbawang
Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu turut berharap majid dan surau merancang dan menentukan aktiviti tahunan khususnya dalam program ilmu yang mampu mendidik masyarakat Islam untuk menjadi masyarakat yang berilmu dan mengamalkan cara hidup mengikut ajaran Agama.
“Badan masjid atau surau adalah bertanggungjawab menganjurkan program-program ilmu secara berterusan bagi memastikan masyarakat Islam menjadikan umat yang benar-benar menghayati agama dengan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan,” katanya.
Pada Majlis itu Azizah menyampaikan sijil kursus dan merakamkan gambar kenangan bersama jemputan, pihak penganjur dan peserta.



8 comments:

  1. These sort of course will benefit the Muslim people so that they may learn more about the correct way of preparing the deceased for burial.

    ReplyDelete
  2. Youngsters nowadays are less knowledgeable about the proper rituals of burial, so that these course are good to improve their skills and understanding regarding this religious ritual.

    ReplyDelete
  3. pengurusan jenazah adalah fardu kifayah, digalakkan kta mengetahui pengurusan jenazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la ada mendapat perhatian daripada kerajaan.

      Delete
  4. This is a good initiative.

    ReplyDelete
  5. Cadangan yang baik. Harap akan diusahakan mengenai cadangan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an respond positif ke atas cadangan tu.

      Delete
  6. jika kerja mengurus jenazah ini hanya dilakukan oleh golongan tua, dikhuatiri dimasa akan datang tidak ada lagi individu yang berpengetahuan atau keberanian untuk melakukan kerja ini..

    ReplyDelete