Tuesday 23 April 2013

AGENDA BORNEO STAR DI SEBATIK






INI KALI LAHH...Jeffry bersama para penyokongnya selepas  Penamaan Calon pada 20 April lalu.

Oleh : SYED KAMAL

TAWAU : Calon STAR N60 Sebatik,  Dato’ Dr Mohd Jeffry Rosman berazam untuk memanfaatkan segala pengalamannya bagi membantu membangunkan kawasan tersebut sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Menurut beliau, banyak perkara dan pelbagai aspek yang boleh dibangunkan dengan lebih cemerlang di DUN berkenaan yang sekaligus dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat selain  mengangkat  Sebatik sebagai salah satu kawasan ternama.

“Insyaallah…sekiranya pengundi di kawasan ini memberikan saya peluang untuk berkhidmat, saya akan gunakan sepenuhnya segala kepercayaan dengan pengemblengan pengalaman untuk bersama-sama dengan penduduk Sebatik membangunkan lagi kawasan berkenaan.

"Inilah azam dan iltizam saya dan saya merayu agar pengundi membuat pilihan bijak dengan memilih saya," katanya ketika ditemui dalam kempen 'Salam Sebatik'  mendekati pengundi pengundi  di sini, kelmarin.

Beliau akan bersaing dalam pertembungan 4 penjuru bertemu calon BN, Abd Muis bin Picho (Penyandang),  PAS Daud bin Jalaludin dan BEBAS Mohd Yusof bin Lewah.

Di mana-mana sahaja orang memberi keyakinan “Ini Kali Lahh...” Insyallah mesti menang. Atas hasrat itulah Jeffry merayu dengan hati yang ikhlas agar para pengundi membuat pertimbangan sewajarnya dengan memberikan kemenangan kepada beliau melalui STAR.

“Saya akan teruskan apa yang telah terbantut selama ini seperti terkandung dalam Manifesto saya antaranya membina Jeti yang masih lagi belum terbina sejak lebih 20 tahun lalu untuk kemudahan penduduk penduduk yang berulang alik dari Tawau ke Sebatik; serta menaiktaraf beberapa kawasan bagi tujuan Pembangunan Strata, Hub Pendididikan Agro Pertanian Moden, pusat Eco Pelancongan serta menaiktaraf kemudahan asas sedia ada dan pelbagai tumpuan lain yang akan kita laksanakan nanti,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) Syed Kamalrul Sufian menyatakan ikrar untuk membantu memastikan kemenangan calon STAR N60 Sebatik pada pilihan raya umum kali ini.

“Saya akan membantu segala upaya yang mampu dan ini adalah masa untuk seluruh jentera parti menggerakkan jentera untuk sama-sama berganding bahu dalam membantu kemenangan Calon STAR di Sebatik yang di wakili oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S),” katanya.

1 comment: