Monday 22 April 2013

KES TANAH AMIR, POLIS TIDAK TUTUP MATA






 


Oleh : PDRM SABAH

KOTA KINABALU : Pada 11 April 2013, satu artikel bertajuk 'Pengarah Tanah Rompak Geran, Polis Tutup Mata?' telah disiarkan Sabahkini.net dan turut memuatkan satu klip video berdurasi selama 17 minit : 43 Saat yang memaparkan dakwaan pemilik tanah yang mempersoalkan siapa curi geran tanah miliknya. 

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Ot9rdJ0CE7M
Dalam klip video tersebut pengadu mempersoalkan kewibaan PDRM dan Pengarah Tanah Sabah yang gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan yang dibuat walaupun telah diberi maklumat yang diperlukan.

Untuk makluman, pada 30 Januari  2009 jam lebih kurang 1135 hrs, pengadu telah membuat laporan polis bersangkut TD/RPT/1367/2009  di Balai polis Tawau mengatakan satu kes jenayah penipuan, salah guna kuasa dan rasuah di mana geran asal tanah pengadu telah diambil dari Ibu Pejabat Tanah Dan Ukur ,Kota Kinabalu, Sabah oleh orang lain yang kemudiannya menjual tanah berkenaan kepada seorang cina di Tawau.

Siasatan Polis

Satu kertas siasatan telah dibuka berdasarkan kepada Tawau/ RPT/1367/2009 bertarikh 30 Januari 2009 di bawah Seksyen 468    Kanun Keseksaan iaitu melakukan pemalsuan bagi maksud hendak    menipu. Manakala TD/17798/07 dan Karamunsing /012623/09 adalah merupakan report-report yang berkaitan dengan Tawau/RPT/1357/2009.

Seramai 07 saksi telah dirakam percakapan untuk melengkapkan kertas siasatan ini.

Siasatan mendapati wujud dua kad pengenalan atas nama Amir Bin Manap (Pengadu) yang membabitkan No IC yang berbeza iaitu 570130-12-5217 dan  510130-12-5317.

Pihak polis telah merujuk status kedua-dua kad pengenalan tersebut  dengan  Jabatan Pendaftaran Negara. Pemeriksaan lanjut dengan JPN mendapati NO IC 510130-12-5317 tidak wujud dalam sistem. Pihak polis telah mendapati saspek telah menggunakan kad pengenalan palsu untuk menyamar sebagai pengadu.

Pihak polis juga telah cuba mengenalpasti saspek yang telah mengambil geran tanah pengadu. Semakan pihak Pejabat Tanah Kota Kinabalu telah  mengesahkan bahawa tiada rekod berkaitan pengambilan geran tanah NT 103032104 atas nama Amir Bin Manap.

Pihak Pejabat Tanah Kota Kinabalu memaklumkan bahawa geran draft telah siap pada 22.01.1985. Namun didapati geran tersebut dikeluarkan tanpa rekod.

Sungguhpun demikan apabila siasatan polis dijalankan, pihak JTU Tawau telah mengkaveatkan geran tanah tersebut serta memaklumkan bahawa geran masih atas nama pemilik asal tanah iaitu Amir Manap dan pemilik boleh mendapatkan geran tanah itu dengan membuat akaun bersumpah bahawa dia adalah pemilik sebenar KP H 0219910 dan tanah adalah miliknya.

Kes telah diberi status 'No Further Action' (NFA) oleh Timbalan Pendakwa Raya Sabah pada 10 Mac 2009 atas sebab tidak ada kerugian disebabkan tidak ada sebarang tukar hak milik berlaku dan juga sukar untuk mengenalpasti saspek dalam kes ini.

Pihak polis berharap pengadu membuat semakan terlebih dahulu    mengenai kes tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan yang berbaur       negatif yang mana boleh menjejaskan imej pasukan Polis Diraja   Malaysia.

No comments:

Post a Comment