Tuesday 9 April 2013

KISAH IC, PELIK TAPI BENAR






Saudara Pengarang,

CHIN Mei Sing, 20 tahun, dilahirkan di Hospital Jasin Melaka. Berketurunan Serani, dipelihara oleh keluarga Cina sejak berusia tiga hari tetapi malangnya hanya mendapat Kad Pengenalan PEMASTAUTIN SEMENTARA yang akan luput pada 21.12.2013

Nasibnya sangat malang, status IC lebih teruk dari pendatang asing yg ada IC merah. Beliau ada Surat Beranak, tapi IC seperti ini tidak memperolehi sebarang hak warganegara.

Bayangkan, pendatang Sulu, Bangladesh, Indonesia, Siam begitu senang memperoleh IC sedangkan rakyat Malaysia sendiri hanya mendapat taraf Penduduk Sementara kerana warganegaranya belum ditentukan.
Salam Hormat,

MAZLAN ALIMAN

1 comment:

  1. Ramai kakitangan JPN dan tali-tali barut diluar sana memproses ic atas sebab mendapat pulangan yang lumayan...anak buah saya bekerja disebuah syarikat di negeri ini, bersama beberapa warga pilipin katanya ada beberapa orang warga pilipin suku tagalog belum pun sampai sebulan duduk di sabah ini sudah dapat ic, cakap melayu pun tidak tahu. Ini berlaku dua bulan lalu dalam tahun ini, maknanya masih berlaku proses ic projek ini, siapa sebenarnya dalang yang berselindung ....tidak kah pihak kerajaan menyiasat perkara ini dengan bersungguh-sungguh?????

    ReplyDelete