Saturday 13 April 2013

THAMRIN 'KENCING' PEMIMPIN AKAR UMBI PKR SABAH







BATAL.....Mungkin senario kegelojohan Thamrin menjadi punca Anwar membatalkan niat untuk mengumumkan senarai calon PKR Sabah kelmarin dan turut membatalkan pengumuman di Hyyatt Kinabalu pada jam 9.30 pagi ini.

Saudara Pengarang,

MENGIKUT sumber yang boleh dipercayai, 16 cabang seluruh negeri Sabah tidak berpuas hati dengan senarai calon PKR yang akan diturunkan dalam pilihanraya ke 13.

Difahamkan senarai calon yang dicadangkan oleh Ketua Cabang tidak diterima oleh Ketua Majlis Pimpinan Negeri, Tamrin Haji Jaini, sebaliknya Tamrin menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mencalonkan penyokongnya di setiap cabang.

Hal ini membawa kepada perpecahan kepada PKR Sabah dan seterusnya melenyapkan peluang PKR Sabah untuk menawan sekurang-kurangnya 10 kawasan Parlimen di Sabah.

Apa yang menyedihkan ramai bakal calon PKR Sabah baru setahun jagung dalam parti sudah mendapat tempat untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU-13.

Apakah perasaan 16 Ketua Cabang PKR yang selama ini bertungkus-lumus memperjuangkan dan menghidupkan aura PKR di cabang masing-masing, sedangkan suara mereka tidak diendahkan?

Apalah makna jawatan Ketua Cabang dipertandingkan sedangkan suara mereka tidak mendapat tempat di hati para pemimpin parti, baik peringkat pusat mahupun peringkat negeri?





PULANG.....Anwar sedang menunggu penerbangan pulang ke KL petang kelmarin setelah tidak mencapai kata sepakat dengan pemimpin akar umbi PKR Sabah yang 'dikencing' Thamrin.

Para pemimpin pusat seharusnya menghormati suara akar umbi kerana ketua-ketua cabang ini dipilih oleh rakyat/pengundi melalui pemilihan/ pilihanraya peringkat parti dan bukannya dilantik oleh pucuk pimpinan parti.

Diharap kepada Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menyelesaikan kemelut ini sebelum hari penamaan calon. Jika situasi ini dibiarkan begitu sahaja, maka harapan Pakatan Rakyat untuk melihat Sabah menyumbang sekurang-kurang 10 kawasan Parlimen akan hancur berkecai dan keadaan ini boleh merencatkan harapan rakyat untuk melihat terbentuknya sebuah kerajaan baru iaitu kerajaan PAKATAN RAKYAT.

Bertindak sebelum nasi menjadi jadi bubur.

Salam Hormat,

PENGUNDI ATAS PAGAR

1 comment:

  1. nasi sudah mnjadi bubur..perpecahan ini jelas menunjukkan keadaan tidak stabil dalam parti PKR..senario ini jelas terlihat terutama di bahagian PBU..semacam tiada aura dr kempen2 yg dijalankan oleh PKR.Ini jelas menunjukkan peluang utk menguasai/memenangi kerusi parlimen dan dun amat tipis..jelaslah cara PKR mengetengahkan calon yg bertanding akan memusnahkan parti bkn menghidupkan parti...

    ReplyDelete