BATAL.....Mungkin
senario kegelojohan Thamrin menjadi punca Anwar membatalkan niat untuk
mengumumkan senarai calon PKR Sabah kelmarin dan turut membatalkan pengumuman
di Hyyatt Kinabalu pada jam 9.30 pagi ini.
Saudara Pengarang,
MENGIKUT sumber yang boleh
dipercayai, 16 cabang seluruh negeri Sabah tidak berpuas hati dengan senarai
calon PKR yang akan diturunkan dalam pilihanraya ke 13.
Difahamkan senarai calon
yang dicadangkan oleh Ketua Cabang tidak diterima oleh Ketua Majlis Pimpinan
Negeri, Tamrin Haji Jaini, sebaliknya Tamrin menggunakan kuasa yang ada padanya
untuk mencalonkan penyokongnya di setiap cabang.
Hal ini membawa kepada
perpecahan kepada PKR Sabah dan seterusnya melenyapkan peluang PKR Sabah untuk
menawan sekurang-kurangnya 10 kawasan Parlimen di Sabah.
Apa yang menyedihkan ramai
bakal calon PKR Sabah baru setahun jagung dalam parti sudah mendapat tempat
untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU-13.
Apakah perasaan 16 Ketua
Cabang PKR yang selama ini bertungkus-lumus memperjuangkan dan menghidupkan
aura PKR di cabang masing-masing, sedangkan suara mereka tidak diendahkan?
Apalah makna jawatan Ketua
Cabang dipertandingkan sedangkan suara mereka tidak mendapat tempat di hati
para pemimpin parti, baik peringkat pusat mahupun peringkat negeri?
PULANG.....Anwar
sedang menunggu penerbangan pulang ke KL petang kelmarin setelah tidak mencapai
kata sepakat dengan pemimpin akar umbi PKR Sabah yang 'dikencing' Thamrin.
Para pemimpin pusat
seharusnya menghormati suara akar umbi kerana ketua-ketua cabang ini dipilih
oleh rakyat/pengundi melalui pemilihan/ pilihanraya peringkat parti dan bukannya
dilantik oleh pucuk pimpinan parti.
Diharap kepada Ketua Umum
Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menyelesaikan kemelut ini sebelum hari
penamaan calon. Jika situasi ini dibiarkan begitu sahaja, maka harapan Pakatan
Rakyat untuk melihat Sabah menyumbang sekurang-kurang 10 kawasan Parlimen akan
hancur berkecai dan keadaan ini boleh merencatkan harapan rakyat untuk melihat
terbentuknya sebuah kerajaan baru iaitu kerajaan PAKATAN RAKYAT.
Bertindak sebelum nasi
menjadi jadi bubur.
Salam Hormat,
PENGUNDI ATAS PAGAR
nasi sudah mnjadi bubur..perpecahan ini jelas menunjukkan keadaan tidak stabil dalam parti PKR..senario ini jelas terlihat terutama di bahagian PBU..semacam tiada aura dr kempen2 yg dijalankan oleh PKR.Ini jelas menunjukkan peluang utk menguasai/memenangi kerusi parlimen dan dun amat tipis..jelaslah cara PKR mengetengahkan calon yg bertanding akan memusnahkan parti bkn menghidupkan parti...
ReplyDelete