Saturday, 31 August 2013

BANGUNAN TERBENGKALAI SABINDO SARANG MAKSIAT DAN PEMBIAKAN TIKUS



Oleh: Shaimon S Jumadi




TERBENGKALAI....Inilah wajah bangunan terbengkalai di Sabindo jadi sarang maksiat dan pembiakan tikus


TAWAU:- Sebuah bangunan yang terbangkalai di Bandar Sabindo dekat sini yang terbiar begitu sekian lama bukan saja menjijikkan  pandangan  mata bahkan  berbagai-bagai perkara berlaku di bangunan tersebut antaranya tempat sarang maksiat dan kedua tempat sarang penagih dadah dan sarang penghidu gam.

Cerita mengenai bangunan yang terbengkalai sekian lama ini memang telah lama diketahui oleh pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) termasuk juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Tanjung dan Ahli Parlimen Tawau, tetapi tiada  sesiapa yang ingin mengambil tahu mengenai bangunan tersebut bukan saja kotor bahkan menjadi sarang pembiakan tikus.

Sebagai warga Tawau saya meminta jasa baik kepada pihak-pihak yang berkenaan agar minta perintah mahkamah untuk merobohkan bangunan terbengkalai  itu. Buat apa bangunan sedemikian dijadikan bahan perhiasan yang menjijikkan pandangan mata terutama sekali di mata pelancong luar yang kerap datang ke daerah ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) Datuk  Mohd Jeffry Rosman berkata demikian kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net  ketika diminta pandangannya mengenai bangunan usang yang sudah tidak berguna itu terus terpacak dengan megahnya   ditengah-tengah bandar tersebut.

Selain mengenai al kisah bangunan terbengkalai yang  kini menjadi kontroversi di kalangan penduduk setempat di sini adalah deretan Gerai Rombengan (Bundle)  terletak di Taman Tikus kelihatan sudah usang. Tidak ada mana-mana pihak kerajaan khususnya  pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) termasuk wakil-wakil rakyat daripada kerajaan  Barisan Nasional (BN) yang mengambil tahu pembangunan di bandar itu seperti menaik taraf gerai yang dimaksudkan,” ujar Jeffry.

Kata Jeffry Iagi adalah agak mustahil sekiranya kerajaan BN tidak mempunyai dana dan peruntukan untuk menaik taraf gerai yang disebutkan itu.

Begitu juga tambah Jeffry terdapat empat deret bangunan  kayu yang merupakan bangunan paling tertua di daerah Tawau yang kelihatan  sudah usang.   Kenapa pihak MPT tidak mahu mengecat semula bangunan-bangunan tersebut agar kelihatan cantik dan tersergam indah?  Lantiklah  beberapa kontraktor untuk mengambil projek  untuk mengecat bangunan–bangunan papan tersebut.

No comments:

Post a Comment