Oleh
: Mohd Izzuddin Ramli
gambar hiasan.....
Salah
satu perkara yang mendasar diajarkan oleh mana-mana agama di dunia ini ialah ia
sangat menganjurkan kasih sayang antara sesama manusia - baik Islam, Kristian,
Buddha dan sebagainya. Dalam agama Buddha misalnya, ia sangat membungai
kedamaian bagi seluruh umat manusia. Sedangkan Islam, menjadi agama yang
memberi rahmat dalam seluruh aspek kehidupan. Kasih sayang, kedamaian, rahmat
ini pula diikat dengan sifat toleransi yang turut diajarkan supaya keberadaan
manusia sentiasa sejahtera.
Toleransi
dalam Islam contohnya dapat dilihat melalui ketegasan Islam dalam meletakkan
dirinya pada kedudukan yang tidak antagonis dengan hak asasi manusia. Islam
sangat mengangkat martabat dan kemuliaan insan tidak mengira bangsa ataupun
agama. Syariah Islam sendiri melindungi lima perkara iaitu agama, hidup dan
kehidupan makhluk, akal fikiran dan akal budi, kehormatan diri setiap insan,
serta harta benda. Dalam soal pentadbiran dan pengurusan umat misalnya, Islam
meletakkan setiap manusia sebagai khalifah - pemimpin yang diamanahkan untuk
mentadbir dunia.
Tidak
dapat dinafikan bahawa Islam memandu kehidupan manusia dalam semua aspek. Dalam
merungkai sebarang permasalahan dan menguruskan pendapat misalnya, Islam turut
menyediakan aturan yang amat jelas menghormati kedudukan manusia sebagai
khalifah. Sebarang percangahan pendapat, Islam menyediakan kaedah seperti
musyawarah dan syura yang umumnya mengandung elemen demokrasi sebagaimana
dipraktikkan hari ini.
Dalam
menjatuhkan hukuman atau melaksanakan undang-undang ke atas manusia, ada
prosedur yang juga tidak terlepas daripada mendepankan kemuliaan manusia.
Bermula dari pembuktian terhadap seseorang yang didakwa bersalah, sehinggalah
kepada penjatuhan hukuman, Islam menitikberatkan keadilan dan penghormatan.
Namun,
ketika menyoroti kehidupan umat beragama dalam dunia hari ini kegagalan untuk
memahami intipati sebenar agama ini akhirnya menyebabkan wujudnya pelbagai
bentuk kepincangan dalam masyarakat. Kesalahan tidaklah terletak dibahu agama,
tetapi pada bahu umat Islam itu sendiri - umat yang beragama.
Isu Fatwa-Memfatwa
Dalam
persoalan fatwa-memfatwa yang di Malaysia pada hari ini masih lagi menjadi
bahan pertikaian misalnya, masih ramai daripada umat Islam yang belum memiliki
pemahaman yang baik terhadapnya. Oleh hal yang demikian, perlu adanya pelbagai
usaha untuk membawa umat Islam untuk keluar daripada kebuntuan ini.
Fatwa
secara etimologinya adalah kata yang berasal daripada bahasa Arab yang secara
literalnya membawa maksud "pendapat". Dalam sistem perundangan Islam,
ia tidak lebih daripada sebuah pandangan atau nasihat untuk membimbing
seseorang muslim dalam menjalani kehidupan menurut Islam. Fatwa pada
kebiasaannya dipertanggungjawabkan kepada mufti atau ulama kerana mereka inilah
yang dikira berwibawa dalam menjawab persoalan yang berkait dengan agama.
Berbeza
dengan pendapat biasa, fatwa bagaimanapun memikul beban yang lebih berat kerana
sesuatu fatwa yang dikeluarkan tidak melalui cerapan akal biasa tetapi perlu
melalui syarat dan kaedah yang tersendiri. Di dalam Islam, secara umum terdapat
empat sumber yang dijadikan rujukan oleh seseorang ulama dalam mengeluarkan
fatwa. Pertama adalah melalui sumber al-Quran, kedua adalah daripada sunnah,
ketiga kesepakatan daripada ulama dan terakhir ialah ijtihad.
Sebagaimana
yang ditegaskan oleh ramai cendekiawan, sesuatu fatwa juga tidak semestinya
wajib diikuti orang Islam. Ini kerana, selagi sesuatu fatwa tidak dibawa untuk
melalui prosedur perundangan maka ia tidak boleh dikuatkuasa kerana masih
berada pada peringkat pendapat sahaja.
Bagaimanapun,
masalah timbul apabila kebanyakan daripada kita menganggap bahawa fatwa itu
sebagai sebuah jawapan akhir pada sesuatu persoalan dan wajib pula untuk
diikuti. Tidak hanya pada fatwa sebenarnya, apa sahaja yang berkaitan dengan
agama dan dikeluarkan oleh agamawan baik yang segera atau lebih berautoritatif,
boleh sahaja dituruti secara membuta tuli. Maka tidak pelik jika kita katakan
bahawa setiap daripada kata-kata yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus dalam
ceramah popularnya juga dianggap sebagai benar dan tidak boleh lagi
dipertikaikan bagi sesetangah orang. Apa yang dilakukan ialah, menerima sahaja
tanpa berani berusaha merujuk sumber lain lagi.
Walaupun
kata fatwa dapat diterjemahkan kepada "pendapat", namun dalam konteks
masyarakat Islam di Malaysia ia seolah-olah memiliki pengertian yang boleh
difahami secara berbeza. Pendapat misalnya dapat difahami sebagai buah fikiran
atau perkiraan tentang sesuatu hal dan ia masih boleh didebatkan atau
dipertikaikan. Tetapi, berlainan dengan fatwa ia seakan-akan dianggap sebagai
sebuah pandangan yang secara automatik menjadi sebuah hukum - apatah lagi
sesuatu fatwa itu hanya boleh dikeluarkan oleh ulama mungkin kata fatwa itu
berasal daripada bahasa arab, maka ia dianggap memiliki kesucian atau
kesakralannya yang tersendiri - jika dilanggar, akan mendapat dosa.
Kekerasan
Dalam Membela Agama
Kegagalan
memahami erti sebenar fatwa akhirnya akan menyebabkan seseorang boleh bertindak
di luar batas undang-undang dan cenderung untuk melahirkan pelampau agama. Hal
ini berikutan fatwa pada titik ini sudah dianggap sebagai sebuah kewajipan dan
kata-kata mutlak oleh ulama atau mufti.
Pelampau
agama secara umum dapat diertikan sebagai individu atau kumpulan yang menganut
mana-mana ideologi khususnya agama yang dianggap sebagai terkeluar daripada
sikap arus perdana masyarakat atau pun melanggar piawai moral biasa. Pada
kebiasaannya akan cenderung untuk memilih jalan kekerasan bagi mencapai sesuatu
objektif.
Kekerasan
atau sikap yang melampau dalam bertindak tidak payah untuk dibuktikan pada hari
ini. Lihat sahaja kes yang berlaku kepada novelis British, Salman Rushdie yang
didakwa menghina Islam dalam novelnya, The Satanic Verses turut berhadapan
dengan fatwa haram dan ancaman bunuh. Sekalipun hanya sebuah pendapat untuk
memeranginya, berlaku kes pembunuhan ke atas penterjemah novelnya ke dalam
bahasa Jepun, Hitoshi Igarashi, penterjemah bahasa Turki, Aziz Nesin dan
penerbit novelnya di Norway, William Nygaard.
Ancaman
bunuh juga tidak sedikit diterima oleh Jerry Falwell, seorang menteri kristian
Amerika selepas Mohsen Mojtahed Shabestari mengeluarkan fatwa mengajak supaya
Falwell dihukum mati ekoran kenyataan kontrovesinya yang menganggap bahawa Nabi
Muhammad sebagai pengganas. Begitu juga dengan Taslima Nasreen seorang penulis
berketurunan Banggali turut menerima nasib sama. Fundamentalis Bangladesh mengeluarkan
fatwa untuk memeranginya kerana lantang dalam menyuarakan nasib kaum wanita
dalam Islam.
Penggulingan
rejim dan pembunuhan diktator Libya, Muammar Ghaddafi meskipun diawali oleh
pelbagai kes penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta kegagalannya dalam
mentadbir negara sebenarnya turut juga simbah dengan pelbagai fatwa yang
menggesa supaya beliau dibunuh. Antaranya fatwa oleh seorang ulama terkemuka,
al-Qardawi yang mengeluarkan fatwa menggesa orang ramai untuk membunuh Gaddafi
jika mereka mampu berbuat demikian.
Di
Indonesia, Ulil Abshar Abdalla, seorang pemikir Islam yang juga berafiliasi
rapat dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) turut tidak terlepas daripada
menerima tentangan hebat daripada kumpulan agama. Pada tahun 2002, sekumpulan
ulama Islam Indonesia yang bernaung dibawah Forum Ulama Umat Islam mengeluarkan
fatwa bunuh terhadap beliau berikutan penulisan sebuah artikel bertajuk
"Menyegarkan Kembali Pemahaman Islam" yang diterbitkan di akhbar
Kompas. Ekoran daripada itu, Pada tahun 2011 sepucuk yang bersamanya sebuah bom
buku yang dialamatkan kepada Ulil di Komunitas Utan Kayu meletup.
Penyerangan
yang dilakukan masyarakat Desa Gempolan, Kabupaten Tulungagung, Indonesia Mei
lalu terhadap masjid kelompok minoriti Ahmadiah turut sama berpendapat fatwa
sesat yang dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI). Hasilnya tidak lebih
daripada memberi kepuasan kepada kelompok pelaku yang berjaya melepaskan
kemarahan. Apa yang merugikan ialah
berlakunya kerosakan banyak harta benda awam serta merenggang lagi
permuafakatan antara masyarakat.
Tidak
sedikit juga daripada kes yang pernah berlaku di negara ini dapat dijadikan
contoh. Fatwa haram menyokong parti politik seperti DAP dan PAS oleh beberapa
ulama dan pertubuhan agama awal tahun ini akhirnya turut melahirkan pelbagai
bentuk tindakan ekstrim oleh penyokong yang menelan bulat-bulat fatwa
berkenaan. Lihat sahaja sekian banyak tindakan politik yang ekstrim seperti
perosakan ke atas harta benda parti, pergaduhan antara fanatik parti dan
sebagainya mengambil tempat dalam politik negara ini. Fatwa pengharaman fahaman
syiah di Malaysia yang hangat dibicarakan hari ini juga setidak-tidaknya
menampakkan bibit kekerasan - bermula dengan penyuaraan pendapat yang keras,
dan tidak mustahil membawa kepada tindakan yang bernada sama.
Insiden
sebagaimana yang terakam ini akhirnya hanya akan mencemarkan kesucian Islam dan
merugikan umat Islam sendiri. Kes kekerasan berlarutan oleh pihak pelampau atas
nama agama ini setidak-tidaknya memaksa masyarakat untuk bersikap tidak toleran
dengan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya. Sehingga banyak klaim
yang menyatakan Islam adalah agama tanpa toleransi, agama kekerasan dan
pelbagai klaim negatif lain lagi.
Sikap
Pasif Dan Kebergantungan
Masalah
ini sebenarnya dapat dikatakan adalah bermuara pada sikap tidak kritikal, suka
menerima apa sahaja tanpa berani mempersoal serta sikap umat Melayu-Islam di
Malaysia yang ternyata lebih takut kepada tindakan undang-undang oleh kerajaan
lebih daripada takut kepada tuhannya sendiri.
Ketika
fatwa atau pendapat diteguk tanpa ditapis terlebih dahulu, maka kemampuan
berfikir secara logik dan rasional disitu hilang. Kita tidak boleh menjelaskan
secara objektif bagaimana menyentuh haiwan seperti anjing itu haram, apa
logiknya menyokong DAP haram atau bagaimana mazhab syiah dalam konteks Malaysia
itu haram. Lumrah mengambil tindakan semberono tanpa berfikir akhirnya hanya
akan melampiaskan subjektiviti diri sendiri sahaja dan tidak akan memberi
penyelesaian kepada kemaslahatan masyarakat.
Apa
yang menyedihkan, hal ini tidak hanya berlaku kepada umat kebanyakan, malahan
turut membelenggu para pemimpin dan juga pemuka-pemuka agama kita. Ulama yang
ada kebayakannya turut mempunyai sikap yang sama. Dalam memikirkan nasib
kemunduran dunia dan umat Islam khususnya, kebanyakannya akan melompat kepada
jawapan mudah iaitu dengan menyalahkan dunia barat, menyalahkan Yahudi,
salahkan Cina.
Prof
Tariq Ramadhan seorang ahli akademik dan tokoh pembaharuan Islam terkemuka
dalam sebuah syarahannya di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu turut
mendengungkan hal yang sama. Keresahannya terhadap umat Islam pada hari ini
ialah kerana sikap tidak kritikal dan malas sehinggakan hampir semua perkara
yang berkait dengan masa depan Islam dilepas dan disandarkan semata-mata kepada
orang lain - kepada ulama. Umat Islam jelasnya perlu mengubah cara berfikir
bahawa autoriti untuk bercakap tentang Islam tidak lagi perlu diletakkan kepada
para ulama sahaja, tetapi juga kepada setiap daripada umat Islam.
Sikap
dogmatik, ketaksuban yang melampau haruslah diganti dengan sikap umat yang
lebih independen dan menanam kesederhanaan dalam beragama. Dengan cara ini,
setidak-tidaknya akan menyucikan kembali nama Islam sekaligus memberikan wajah
positif kepadanya - bahawa Islam adalah agama yang cintakan kedamaian dan
relevan untuk semua. - prisma.com.my, 16 Ogos, 2013. (The Malaysian Insider)
No comments:
Post a Comment