Oleh:
Shaimon S Jumadi
Foto
: Saffie S Jumadi
BUKTI...KK Norkiah
menunjukkan surat permohonan tanah seluas 17 ekar sejak tahun 2000 Kampung
Cenderamata
MEREKA
bukan tidak mahu berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Anggerek
Batu 5 Jalan Sibuga, walaupun keadaannya
lebih selesa daripada keadaan di Kampung
Cenderamata dari segi aspek kemudahan asas yang cukup lengkap berbanding
kampung yang terbakar ini.
Tetapi
masalahnya mereka tidak berkemampuan untuk membayar deposit sebanyak
RM1,000.00 sedangkan makan seharian kini
masih dibawah tanggungan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kalau sekadar bayar sewa
bulanan hanya RM100,00 hingga RM200,00
mereka masih lagi berkemampuan.
Cadangan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya memang baik
kerana ingin menempatkan mereka di tempat yang lebih selesa dan keselamatan
merekapun agak terjamin berbanding di Kampung Cenderamata.
Begitulah
serba ringkas penerangan Ketua Kampung Cenderamata Puan Norkiah Abu Ghafar
ketika menjelaskan kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net semasa diwawancara
dilokasi bekas kebakaran kelmarin.
Yang
paling menyedihkan sekali tambah Norkiah semasa ADUN Sekong datang menjenguk
mangsa-mangsa kebakaran, ada beberapa
orang minta kebenaran untuk mereka
membina semula rumah diatas tapak namun jawapan Samsudin dihadapan orang ramai berbunyi begini: “Kamu tidak dibenarkan membina semula
rumah-rumah di tapak ini kerana ini tanah
milik swasta lagipun kampung ini belum digazet dan belum diiktraf sebagai
perkampungan rasmi ia masih kampung
haram”.
Kalaupun
memang benar tanah itu tanah kepunyaan swasta tapi janganlah cakap secara
langsung di hadapan mangsa-mangsa berkenaan. Apa salahnya cakap saja saya akan cuba bincang dengan
pihak MPS kan bagus jadi tiada sesiapa yang berkecil hati dan tersinggung,”
ujar Norkiah.
Katanya
lagi Kampung Cenderamata sudah pun dipohon seluas 17 ekar di Jabatan Tanah dan Ukur sejak tahun 2000
lagi PT 20-02070161 rujuk surat: PPHT
(S)73/200/4 bertarikh 15/07/2002 dan tanah ini adalah merupakan State Land.
Menurut
Norkiah lagi Kampung Cenderamata wujud sejak zaman era
pemerintahan Kerajaan PERIKATAN
USNO iaitu pada tahun 1970 an lagi yang mempunyai penduduk seramai 690
dan pengundi seramai lebih 300 orang yang terdiri daripada rakyat tempatan.
“Sebagai
Ketua Kampung yang mewakili penduduk seramai 690 orang dan 300 pengundi tegar
Barisan Nasional (BN) saya merayu jasa baik kepada kedua-dua Wakil Rakyat
Sekong dan Batu Sapi agar membawa perkara ini ke pihak kerajaan khususnya
Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar memberi pertimbangan sewajarnya untuk
mereka dibenarkan semula membangun atau mebina rumah-rumah baru diatas bekas
tapak kebakaran. Tanggungjawab ini adalah untuk menjaga hati para pengundi
tegar BN/UMNO supaya mereka tidak
berkecil hati dan ini juga demi
mengelakan mereka tidak berpaling tadah kepada kerajaan BN,” tegasnya.
Sebagai
wakil rakyat mesti mengutamakan kepentingan rakyat kalau rakyat mahu terus
menyokong kerajaan selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan Janji Ditepati,” ujar Noorsiah.
Dalam
hal ini saya minta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman agar
campurtangan mengenai permasalahan ini yang mungkin tiada kesudahannya ekoran
kedua Wakil Rakyat yang langsung tidak mempunyai tanggungjawab untuk telus dan
ikhlas membantu kepada mangsa-mangsa kebakaran yang kini dalam kedaifan.
Mereka
setuju berpindah ke Taman Anggerek tetapi semua kos pembayaran deposit
RM1,000.00 ditanggung oleh pihak kerajaan atau ADUN biarlah bayaran sewa
bulanan mereka yang tanggung sendiri.
Kenapa
Ketua Bahagian UMNO Sandakan boleh membantu rakyatnya yang menjadi mangsa
pembongkaran 2 deret rumah panjang di Sim-Sim pada tahun 2010 hanya dengan menggunakan kuasa politiknya? Lantas mangsa seramai 25
keluarga berjaya menduduki rumah PPR di Gum-Gum tanpa membayar satu senpun
deposit. Itulah namanya pemimpin berjiwa
rakyat. Mereka ini yang seramai 300 orang mangsa adalah orang-orang kuat UMNO/BN dan pengundi
tegar BN, kenapa terus terpinggir?” kata Norkiah lagi.
"Kalau
perbuatan Tan Seri Ampung dapat dicontohi oleh kedua-dua wakil rakyat tersebut alang kah bagusnya dan sudah pastinya rakyat
kawasan Batu Sapi semakin sayang kepada
Samsudin dan Linda Tsen dan
kedudukkan UMNO dan BN bertambah kuat,"tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment