SEDIH...Samsudin dalam keadaan sedih mengenai tragedi kebakaran yang menimpa para penduduk berkenaan sambil diperhatikan oleh Linda Tsen yang turut berada di lokasiOleh: Shaimon S JumadiKira-kira 1,000 keluarga yang membabitkan 200 buah rumah tinggal sehelai sepinggang kerana terlibat dalam tragedi kebakaran besar di Kampung Cendera Batu Sapi, Sandakan dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian tersebut seorang wanita warga emas rentung kerana tidak dapat diselamatkan di sebabkan keadaan api terlalu cepat dan menjilat satu persatu rumah berdekatan.
Ketua
Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, berkata mangsa
dikenali sebagai Isnah Kuayah, 73 dan seorang lelaki turut terkena
renjatan elektrik dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini.
Dalam
kejadian pukul 1 tengah hari itu, seorang anggota Bomba mengalami
kecederaan selepas tergelincir ketika membuat operasi memadamkan api dan
sedang diberi rawatan di hospital itu.
Ordine
berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.18 tengah
hari dan menghantar 15 anggota bersama tujuh jentera ke lokasi kejadian
serta dibantu 15 anggota bomba sukarela dari Karamunting selain anggota
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Beliau berkata ketika bomba sampai, kebakaran sudah merebak dan hanya dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas itu.
Katanya mayat mangsa ditemui di bawah rangka rumah yang terbakar, manakala punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Dalam
pada itu Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin dan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya yang
dimaklumkan mengenai insiden tersebut bergegas pergi untuk menemui
mangsa-mangsa terbabit di kampong berkenaan.
Sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi Linda dan ADUN Sekong Samsudin yang diberi mandat oleh rakyat mereka berdua akan membantu kepada mangsa terbabit melalui
peruntukan masing-masing dan selebihnya masalah ini dirujuk kepada
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).
“Kami
amat simpati dengan tragedi ini terutama sekali mereka yang bakal
menyambut hari lebaran yang penuh dengan kegembiraan tiba-tiba diganti
pula dengan kesedihan dan semuanya ini ada hekmahnya dan diharap bersbar
sambil mengucapkan takziah kepada keluara yang ditimpa musibah
tersebut” kata Samsudin turut sedih.
|
Monday 12 August 2013
200 RUMAH TERBAKAR, 1,000 PENDUDUK TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment