Friday 30 August 2013

KEMENANGAN DAP ADALAH KEMENANGAN RAKYAT



Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto: Saffie S Jumadi



Gambar ALBUM KENANGAN...Wong bergambar bersama para penyokong DAP  selepas  jamuan makan tengahari bagi meraikan kemenangan kes pembicaraan Petisyen PRU13 baru-baru ini


KEMENANGAN Ahli Parlimen  Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt kes petisyen PRU 13 yang dikemukakan  Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong sebagai Plaintiff pada pembicaraan kelmarin yang diadakan  Mahkamah Tinggi Sandakan  telah diraikan dengan sambutan Majlis Makan Tengahari bersama Pegawai dan Kakitangan Pejabat Parlimen Sandakan (DAP) di salah sebuah restoran Sea Food Jambatan 8 Rumah Murah Sim-Sim  kelmarin.

Turut hadir pada jamuan tengahari itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Tanjung  Chan Fook Hin, ADUN  Kepayan Dr Edwin Bosi, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong,  dan ADUN Likas Junz Wong termasuk Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong.

Dalam kes pembicaraan tersebut yang dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi,  iaitu  calon Parlimen Sandakan (DAP) sebagai defendan  diwakili oleh Tetuan Lim Shee Wee & Co.  meminta kepada plaintiff supaya menunjukan bukti yang sahih apa juga kesalahan calon DAP semasa PRU 13 lalu tetapi pihak Plaintiff Ahli Parlimen Sandakan BN iaitu Datuk Liew Vui Keong gagal menunjukkan sebarang bukti di hadapan  Hakim Mahkamah dan juga peguambela Lim Shee Wee.

Hakim Mahkamah telah menolak petisyen tersebut dan mengiystiharkan defendan menang dalam kes pembicaran tersebut dan pihak plaintiff diarah supaya membayar ganti rugi kos guaman sebanyak RM30 ribu kepada defendan.

Wong yang ditemui oleh Wartawan Kanan Sabahkini.Net sejurus selepas makan tengahari antara lain menjelaskan kemenangannya dalam kes tersebut adalah kemenangan para penyokong DAP dan juga rakyat jelata yang memberi mandat pada PRU 13 lalu.

“Saya  sebagai Ahli Parlimen Sandakan  yang diberi mandat akan meneruskan khidmat  kepada  rakyat jelata tanpa  mengira  siapa mereka  saya akan bantu sama-sama,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment