Thursday, 29 August 2013

SESIAPA NAK BERTANDING JAWATAN PASTINYA ADA MODAL RM100 RIBU



Dari Meja Wartawan Kanan, Shaimon S Jumadi





DARI teropong ajaib Sabahkini.Net  kelihatan di mana-mana saja restoran-restoran Mamak, kedai-kedai kopi sekarang ini  penuh  sesak saban hari oleh ahli-ahli  politik terutamanya penyokong-penyokong  UMNO.

Bagi UMNO bahagian-bahagian lain yang  jawatan Ketua Bahagian  tidak bertanding, mereka kurang melepak sehari di kedai-kedai kopi berhampiran sebab tiada modal atau topik jadikan  bahan cerita sensasi.

Musim pemilihan inilah musim rezeki kepada mereka yang  berhasrat untuk bertanding Ketua Bahagian, Timbalan, Naib Ketua Pemuda, Wanita  dan Puteri UMNO Bahagian yang terpaksa banyak mengeluarkan wang untuk berkempen bagi mendapat sokongan   dan meraih undi nanti.

Lebih-lebih lagi selepas penyerahan  borang pencalunan nanti, para calon berkenaan sudah tidak boleh memberikan  saguhati atau wang kocek kepada para penyokong mereka ini. Kalau 'kedapatan' bukan saja pencalunan mereka dibatalkan bahkan pihak SPRM terpaksa campurtangan kerana wujud politik wang.

Pemberian wang kantong kepada para penyokong  yang setia sekalipun pemberian  ini secara bersembunyi pastinya bocor juga kerana mereka yang sudah  menerima wang tadi pastinya bercakap dan siap mengkhabarkan kawan-kawan seperjuangan yang lain.  “Aku tadi di kasi duit sama si anu”....bila cerita  ini terkeluar dari mulut salah seorang tadi lantaran didengar oleh yang lain lantas jadilah bahan cerita di sana sini. Akhirnya yang menjadi mangsa keadaan adalah calon ketua Bahagian tadi. Jika ada bukti kukuh maka pencalunannya terpaksa digugurkan yakni tidak boleh bertanding.

Ada sesetengah  ahli berkata, “Apa punya boss ketam batu kita sokong dia satu senpun tak mahu bagi." Namun di sebaliknya calon tersebut bukannya kedekut tapi demi menjaga nama baiknya maka terpaksalah tidak mahu menghulur sebarang sesen melainkan setelah pasti menang maka berpestalah.

Sebelum penyerahan borang pencalunan maka pandai-pandailah bermain kuntau, pandai-pandailah mencari rezeki sebab bulan ini bulan rezeki. Lebih-lebih lagi kalau orang itu pandai membodek memang gampang mendapat pulus daripada orang-orang yang menawarkan dirinya untuk apa-apa  saja jawatan, soal duit tak ada masalah  yang pastinya memang jawatan yang diidam-idamkan menjadi kenyataan.

Sesiapa saja kalau hendak  bertanding jawatan Ketua  Bahagian sekurang-kurang orang itu mempunyai dana yang besar. Begitu juga jawatan Timbalan Ketua bahagian , Naib Ketua, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita Bahagian dan juga Ketua Puteri Bahagian. Kesemuanya menggunakan dana sekurang-kurangnya paling sikit minima RM100,000 atau lebih dari itu  barulah jentera boleh bergerak. Kalau setakat merayu undi dengan air liur saja tanpa mengeluarkan  duit nanti apa kata para penyokongnya, alahai palis-palis kamu tidak  boleh menang.

No comments:

Post a Comment