Oleh:
Shaimon S Jumadi
TIDAK
dinafikan sebilangan besar ahli-ahli
politik suka mencari calon untuk
dijadikan pemimpin yang terdiri daripada golongan konglomerat khususnya orang
kaya walaupun seseorang itu tiada mempunyai wajah ciri-ciri kepempinan tapi masih dihormat kerana pakej 'KAYA'.
Kekayaan
seseorang itu begitu mudah disanjung sama ada orang itu bajingan ataupun
sebaliknya disebabkan mereka mempunyai kereta mewah dua tiga biji didepan
rumah, manakala rumah banglow dihuni isteri-isteri cantik belaka seramai dua
tiga orang. Hatta orang yang berkedudukan sebegini mereka calonkan untuk
menjadi Ketua bahagian kerana memiliki pakej 'KAYA' bukannya atas dasar prinsip
daya kepimpinannya tersendiri.
Soal
menang atau kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian bukan
persoalan utama kerana mereka yakin dengan menggunakan politik wang akan mampu
meraih kemenangan dengan mudah. Sebagai balasannya calon kaya yang menang bakal
mendapat projek top up yang membolehkan mereka berurusan dengan para Menteri
bagi merangkul projek-projek Mega kelak.
Bagaikan
mengantuk disorongkan bantal buat para 'tukang Canang' kepada calon, inilah
masa dinanti-nanti untuk mengumpul wang kopi kerana calon-calon sebegini
sanggup menghambur wang beribu dalam sehari.
Saban
hari rumah calon dipenuhi oleh para penyokong calon bermula jam 8 pagi sehingga
9 malam untuk menunggu habuan masing-masing. Setiap penyokong pastinya pulang
dengan muka senyum 'joker' kerana diberikan wang oleh calon.
Bukan
saja para penyokong, wartawan dan para media turut 'ampit' wang kopi tersebut,
bukannya sedikit kerana biasanya satu berita disiarkan bakal mendapat paling
sedikit RM100.
Yang
bakal bertanding untuk dipasang calon lawan Ketua Bahagian itu dalam 10 orang penyokongnya
barang kali hanya 40 peratus memang betul-betul setia sebab kalau bosnya menang
ikut juga tumpang sedikit kesenangan. Manakala yang lebihnya 60 peratus mahu
mencari kesempatan dalam kesempitan konon-kononnya setia pada hal pada waktu siang di rumah team
A malam pula di rumah team B macam-macam cerita disampaikan tujuannya untuk
mendapatkan 'pulus' juga.
Sebagai
kesimpulannya orang-orang yang suka melagak-lagakan itu amat bahaya daripada
musuh sebab mereka ini diibaratkan gunting dalam lipatan.
No comments:
Post a Comment