Oleh: Shaimon S Jumadi
BUAYA...Bahaya
kelihatan seekor Buaya penghuni sungai tersebut sedang mencari mangsanya
sebagai santapannya
PRESIDEN 
Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS) Datuk Mohd Jeffry Rosman  memohon jasa baik kepada  kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya Tawau
mahupun Jabatan Pengairan dan Saliran 
untuk  menaik taraf  bagi mendalamkan  lagi sungai 
di Kampung Batu 2 Tawau.
Menurut Jeffrey, setiap kali hujan air yang
mengalir  melebihi paras daratan kerana
sungai itu agak cetek  maka berlakunya
banjir yang kerap kali menenggelami rumah-rumah di persekitaran termasuklah
jalan raya.
Jeffry menegaskan memandangkan keadaan
sungai itu nampaknya sudah tidak selamat 
kerana telah dihuni beberapa ekor buaya dan ini akan  memcelakakan kepada  penduduk kampung  berkenaan silap hari bulan pastinya ada orang
yang kena baham buaya dan ini boleh meragut nyawa.
“Saya mewakili penduduk Kampung Batu 2
memohon jasa baik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Balong Datuk
Taufick Datuk Hj Titingan agar mengarahkan 
mana-mana jabatan kerajaan yang ada hubung kait  dengan masalah sungai dan juga  membuat operasi penangkapan buaya."
"Kita tidak  mahu ada kejadian yang berlaku menimpa para
penduduk dibaham buaya yang sememangnya  sentiasa mencari mangsanya sebagai santapan
hariannya yang membabitkan penduduk kampung terutama sekali kanak-kanak,"
tambahnya.
 

 
No comments:
Post a Comment