Oleh: Shaimon S Jumadi
BANDAR TAWAU.....Kelihatan Bangunan/rumah kedai di Bandar
Tawau perlu dipelihara sebagai bangunan bersejarah
SEBAHAGIAN bangunan lama
yang masih berdinding papan bertiangkan kayu yang berusia lebih 50 tahun
termasuk juga bangunan konkrit yang agak
lama juga usianya yang tidak terurus terletak di Sabindo yang kelihatan kusam dan lusuh perlu dibersihkan
dan dicantikkan lagi.
Beberapa deratan bangunan
papan yang masih kukuh yang dijadikan
kedai dan sebagainya perlu dipelihara kerana
ia merupakan bangunan yang tertua dan boleh dijadikan sejarah dan bangunan Warisan kepada golongan generasi
muda khususnya penduduk daerah Tawau masih bertuah kerana masih
dapat melihat kewujudan bangunan
lama.
Presiden Pertubuhan Pribumi
Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Jeffrey
Rosman menyarankan kepada Ahli Dewan
Undangan (ADUN) Kawasan Sri Tanjung Chan
Foong Hin supaya mencari peruntukan
untuk mengecat semula beberapa bangunan yang catnya sudah pudar dan perlu dinaik taraf sebagai bangunan yang
tercantik walaupun bangunan itu papan.
Jeffrey berkata kerana kebanyakkan bangunan-bangunan yang
disebutkan itu bukan saja kusam dan lusuh bahkan menjijikkan mata memandang
terutama sekali di mata para pelancong luar yang kerap datang ke daerah nombor
tiga terbesar di Sabah.
Bukan itu sahaja tambah
Jeffrey di lorong bangunan Bandar Sabindo kelihatan terlalu kotor banyak
timbunan sampah sarap bertaburan di sana sini tanpa di kutip oleh pihak Majlis
Perbandaran Tawau (MPT). Dalam hal ini ADUN berkenaan harus turun padang untuk
melihat sendiri keadaan sebenar justeru menghubugi pihak yang berkenaan.
“Longgokan sampah yang tidak dikutip dan bertaburan di merata
deretan bangunan yang disebutkan itu jelas telah menjadi tumpuan tumpuan tikus-tikus berkeliaran mencari
sisa-sisa makanan yang dibuang dan ini juga kalau tidak dipantau bermacam-macam
wabak penyakit akan datang menyerang
manusia terutama sekali penghuni
bangunan berhampiran,” jelas Jeffrey.
No comments:
Post a Comment