Tuesday, 13 August 2013

POLIS MARIN BERJAYA KAWAL NELAYAN GUNA BOM IKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI



WAWANCARA...Saufullah menjelaskan mengenai nelayan menangkap ikan guna bahan peledak (Bom Ikan)



Ramai nelayan tempatan di sini menyambut baik usaha dan tindakan kerajaan khususnya pihak Polis Marin yang melancarkan Operasi Daulat di beberapa perairan Semporna sejak Februari lalu telah terbukti kerana sebilangan nelayan yang menangkap ikan menggunakan bahan peledak (bom ikan) dapat dikawal secara mendadak.


Seorang aktivis muda Muhamed Saifullah Minggu berkata kepada Wartawan Kanan Sabahkini. Net ketika mengulas satu kenyataan yang tersiar di laman portal online The Borneo Insider pada 9 Ogos 2013 bertajuk “Aktiviti Pengeboman Ikan Di Semporna Menurun Sejak Ops Daulat” oleh Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna ASP Mat Zawawi Mat Yaacob kepada Bernama.

Kata Saifullah aktiviti pengeboman ikan yang sebelum ini berleluasa dalam kalangan segelintir nelayan tempatan di perairan Semporna adalah menyalahi undang-undang. Hal ini jelas kerana tindakan sebilangan nelayan yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan jalan mudah menangkap ikan tanpa memikirkan jangka masa panjang akhirnya dapat di kawal oleh pihak berkuasa polis Marin.




Berikut kenyataan selanjutnya yang dipetik daripada Bernama, “menurut Mat Zawawi walaupun tidak dapat dipastikan sama ada penurunan itu adalah kesan langsung operasi berkenaan, statistik pihak berkuasa menunjukkan tiada aktiviti mengebom ikan dikesan sepanjang tempoh Januari hingga Julai lepas.


Untuk tempoh sama tahun lepas kita kesan 10 kes dan merampas 2,463 unit ‘detonator’ (peledak) daripada suspek,” kata Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna, ASP Mat Zawawi Mat Yaacob kepada Bernama.


Menurut Mat Zawawi, sepanjang tahun lalu pihaknya mengesan 11 kes mengebom ikan yang disiasat mengikut Akta Bahan Letupan dan 10 kes lagi di bawah Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985 iaitu memiliki ikan yang tangkap menggunakan bom.


Katanya sepanjang tahun lalu juga sebanyak 2,532 unit peledak dan ribuan kilogram ikan yang dibom berjaya dirampas di samping penahanan puluhan suspek.


Sememangnya sepanjang Ops Daulat, kehadiran aset pelbagai agensi keselamatan memang amat ketara di kawasan perairan Semporna. Mungkin penurunan ketara kes mengebom ikan adalah kesan sampingan daripada Ops Daulat,” katanya.


Operasi Daulat dilancarkan oleh kerajaan Februari lepas untuk mengesan dan memberkas pengganas dari selatan Filipina yang menceroboh pantai timur Sabah melalui Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sejak 12 Februari.


Pelancaran operasi itu yang kini dinamakan Ops Sanggah menyaksikan pengawalan ketat perairan pantai timur Sabah termasuk Semporna, menerusi penubuhan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).


No comments:

Post a Comment