Oleh:
Saffie S Jumadi
ALBUM KENANGAN....Wong MP DAP bersama rombongan bergambar dengan
Saimon berbaju biru
SUASANA
Hari Raya Aidilfiri masuk hari ke
sepuluh namun kemeriahannya masih dirasai
walaupun ramai antara mereka yang sudah mula menjalankan tugas
masing-masing.
Sementara
mereka yang tidak sempat mengadakan majlis rumah terbuka pada raya pertama
kedua dan ketiga mungkin disebabkan kesibukan menziarahi keluarga dan sanak
saudara, namun tempoh bulan Syawal ada lagi 20 hari lagi maka masih ada peluang
dan ruang untuk mengadakan majlis rumah terbuka kepada mereka yang mempunyai
sedikit kemampuan.
HADIR...Kelihatan Pegawai dan Kakitangan
Pejabat UPKR kawasan Elopura yang turut
hadir majlis rumah terbuka raya
Berkunjung
ke majlis rumah terbuka pada saban hari raya ia bukan perkara baru yang
dilakukan oleh masyarakat dinegara ini bahkan sudah menjadi satu amalan dan
budaya kepada masyarakat sejak negara
kita mencapai kemerdekaan.
Tujuan
mengadakan majlis seumpama ini seperti juga perayaan Hari Natal, Tahun Baru
Cina, Deepavali dan Pesta Kaamatan. Ia
jelas menjurus menyuntik semangat perpaduan di kalangan masyarakat majmuk
yang mempunyai pegangan agama menurut
kepercayaan masing-masing.
Semasa
menyambut apa saja perayaan seperti Hari Raya mereka masing-masing melupakan
dulu soal perbezaan fahaman ideologi politik buat seketika sama ada mereka itu penyokong kerajaan
mahupun pembangkang semasa berkunjung kemajlis-majis tersebut, masing-masing
berjumpa dan bersalaman sambil menanyakan khabar.
Inilah
yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong semasa beliau dan rombongannya mengunjungi
majlis Rumah Terbuka Raya yang diadakan di kediaman Ketua Biro/Wartawan Kanan
Sabahkini.Net Wilayah Sandakan Saimon S Jumadi
di Taman Nasalim Lot 86 Lorong 1B Jalan Pintas Utara Sandakan baru-baru
ini.
Menurut
Saimon, tujuan mengadakan majlis rumah terbuka adalah untuk menjalinkan silaturrahim
antara satu sama lain tanpa mengira siapa mereka sama ada mereka pro kerajaan
dan pro parti pembangkang kerana masing-masing beranggapan semua adalah
sahabatnya.
Lebih
200 orang tetamu yang 40 peratus adalah pegawai dan kakitangan kerajaan dan
selebihnya 60 peratus adalah sanak saudara dan keluarga terdekat.
“Sebagai
wartawan saya harus berada ditengah-tengah
masyarakat dan tiada musuh sama ada mereka penyokong BN atau pembangkang
semuanya mereka adalah kawan dan sahabat baik saya,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment