Sunday, 25 August 2013

SERUAN NAJIB AHLI-AHLI UMNO DIBOLEHKAN BERTANDING DISAMBUT BAIK



Oleh: Shaimon S Jumadi



PUCUK pimpinan negara khususnya Presiden UMNO Malaysia Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menyatakan kepada ahli-ahli UMNO di seluruh pelusuk negara ini  bahawa sesiapa saja daripada mereka yang berhasrat untuk bertanding apa saja jawatan tidak kira jawatan Ketua Bahagian dan sebagainya, mereka bukan  saja dibolehkan bahkan diberi peluang seluas-luasnya ini selaras amalan sistem demokrasi parti UMNO.

Dalam masa yang sama kalau terdapat salah seseorang dari mereka khasnya ahli-ahli dari mana-mana cawangan UMNO yang ingin dan berniat untuk bertanding  untuk merebut jawatan Ketua Bahagian mengikut kemampuan mereka, tindakan ini tidak harus dihalang.

Dan perlu diingat tujuan mereka untuk bertanding bagi menentang kedudukan jawatan Ketua Bahagian mungkin sudah terlalu lama disandang 20 tahun lamanya seperti Ketua Bahagian UMNO Sandakan, sebenarnya mereka bukan menentang dasar-dasar perjuangan UMNO tetapi mereka hanya menentang kepimpinan Ketua Bahagian  yang ada sekarang.

Persaingan sengit menentang Ketua Bahagian janganlah pula dianggap sebagai penderhaka kepada pemimpin. Anggaplah ia sebagai seruan  ahli-ahli cawangan diperingkat akar umbi termasuk Ketua-Ketua cawangan  sendiri yang mahu melihat perubahan  berlaku setelah memilih muka baru dalam menerajui kepimpinan UMNO di bahagian itu kelak.

Dalam beberapa hari ini, Wartawan Sabahkini.Net yang  telah menjelajah ke beberapa bahagian UMNO khususnya di lingkungan  kawasan Pantai Timur antaranya Sandakan, Semporna dan Tawau  untuk mencari sedikit maklmuat terutama sekali mengenai perkembangan politik semasa parti UMNO pada musim-musim pemilihan ini.

Boleh dikatakan hampir 95 peratus ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi menyokong saranan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia bahawa ahli-ahli UMNO diberi kesempatan kalau sesiapa yang mahu bertanding untuk merebut apa saja jawatan pada pemilihan nanti.

Sebagai pendekatan di Sabah yang sengit sekarang adalah jawatan Naib Presiden UMNO  untuk mewakili  negeri ini telah menjadi rebutan ramai dalam kalangan pemimpin UMNO Sabah mencadangkan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang juga menyandang Ketua Menteri supya bertanding untuk merebut jawatan yang dimaksudkan itu kerana jawatan  itu masih disandang oleh Ahli Parlimen Semporna iaitu Datuk Hj Mohd Shafie Hj Abdal yang telah lama menjawat jawatan tersebut.

Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air 1 Semporna Muhd Saifullah Minggu  semasa diwawancara oleh Wartawan Kanan Sabahkini.Net  baru-baru ini menyatakan bahawa peranan Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  selama  dua penggal dikatakn telah banyak membantu negeri Sabah dalam arus perdana pembangunan  terutama sekali di kawasan luar Bandar. Sebanyak  27 ribu cawangan yang  membabitkan 25 Bahagian UMNO telah nekad seia dan sekata  memberi undi kepada Shafie semasa pemilihan nanti untuk  mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden.


Kata Saifullah kepimpinan Shafie  dalam UMNO memang sukar ditandingi atau lebih jelasnya kepimpinannya memang tiada tolok bandingannya dengan mana-mana pemimpin UMNO  yang ada di negeri Sabah ini. 

Tiada yang  lebih layak dan berkredibiliti  melainkan hanya Shafie seorang sahaja, seorang pemimpin yang cekal, tabah dan sabar  walaupun mendapat tohmahan dan kritikan yang telah menyerang peribadinya. Kecekalan inilah membuat rakyat Semporna bertambah sayang dan ini barulah dikatakan seorang pemimpin yang tahan lasak.

No comments:

Post a Comment