Kupasan
Dari Meja Ketua Biro, Shaimon S Jumadi
SELAIN
jawatan Ketua Bahagian UMNO Sandakan telah pun digembur-gemburkan jadi rebutan
tiga penjuru.Antara yang bakal merebut jawatan tersebut ialah Datuk Hj Awang
Sham Hj Amit Timbalan Ketua dan Pengerusi Tetap Persidangan UMNO Sandakan
Sahari Ahmad yang bakal menentang
kepimpinan Ketua Bahagian UMNO yang ada sekarang kerana dianggap sudah tidak
lagi relevan.
Lantaran
itu pula, jawatan Ketua Wanita UMNO
Bahagian Sandakan yang kini disandang oleh Asnah Hj Tahalil juga akan direbut
pada pemilihan yang telah dijadualkan pada Oktober ini nanti.
Ketua
Biro Sabahkini.Net yang sentiasa mengikuti perkembangan perjalanan UMNO
Sandakan telah mendapat sedikit maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai kerana kes ini telah
menjadi tajuk perbualan hangat di sana sini yang menyatakan mantan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sandakan iaitu
Noraini Sulong akan menawarkan dirinya
untuk bertanding bagi merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan pada
pemilihan jawatan ini nanti.
Saya
memang rapat dengan Noraini Sulong,
tindakannya menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan tersebut amat
dialu-alukan oleh 54 ketua-ketua
Wanita Cawangan UMNO yang membabitkan Zon Tanjung Papat dan Zon Elopura.
Menurut
beberapa orang Ketua Wanita Cawangtan UMNO yang nama mereka enggan disebutkan di sini antara lain menjelaskan, kepimpinan
Wanita UMNO Bahagian Sandakan ada sekarang dikatakan tidak lagi relevan dan perlu
ada perubahan dan perlu diganti orang baru, muka baru untuk menerajui
kepimpinan yang telus dan tidak timbul birokrasi dalam memberi apa-apa saja bantuan kepada ahli-ahli wanita khususnya di peringat
umbi.
Sebut
saja nama Noraini orang seluruh Sandakan sudah mengenali dirinya tambahan lagi penglibatannya dalam NGO iaitu sebagai
Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM
Daerah Sandakan namanya begitu menyerlah sekali.
“Sumbangan
Noraini kepada bangsa, masyarakat dan
juga negara tidak ternilai harganya, ini sudah tentu Noraini orang yang
paling layak dan sesuai menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan untuk menerajui kepimpinan Wanita UMNO yang
lebih dinamik dan konsisten,” menurut penyokong di pihak Noraini.
Soal
kalah dan menang itu bukan persoalannya, itu memang adat pertadingan apa yang
penting saya sudah mencoba untuk memberanikan
menawarkan diiri saya untuk bertanding, terpulanglah kepada para
perwakilan wanita untuk menentukan nasib saya
sama ada berjaya atau sebaliknya,” ujar Noraini.
Teruskan perjuangan sahabatku kita sama-sama berjuang digelangang kalah menang telah menjadi adat namun pantang serikandi mengalah sebelum berjuang,
ReplyDelete