Oleh:
Shaimon S Jumadi
PRESIDEN
Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Jeffry Rosman menyelar atas
tindakan Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi
Ideris yang mengeluarkan kenyataan dan mendesak Perdana Menteri Malaysia
Dato Seri Mohd Hj Najib Tun Hj Abdul
Razak supaya meletak jawatan kerana ia
bukan saja disifatkan sebagai seorang
yang kurang ajar tetapi terlalu biadap.
Apa
jawatan dan siapa dia berani mendesak Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan?
Dia baru sahaja memegang jawatan sebagai Ketua Wira PERKASA sudah berlagak
temberang malah pandai-pandai pula menyuruh Najib meletakkan jawatan.
Datuk
Jeffry berkata demikian kepada Ketua Biro/Wartawan Kanan Sabahkini.Net pagi tadi ketika diminta mengulas satu kenyataan
Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abd
Rahman Abu Bakan yang tersiar di The Malaysian Insider bertajuk ‘PERKASA PANGGIL KETUA PEMUDA KERANA DESAK NAJIB LETAK
JAWATAN'
“Saya
amat menyokong terhadap kenyataan Datuk Abd Rahman itu yang akan memecat Irwan
daripada jawatan yang disandangnya itu kerana dengan tindakannya yang kurang
ajar dan biadap itu ia boleh mencetuskan kemarahan bukan saja di kalangan ahli-ahli PERKASA sendiri bahkan kepada rakyat jelata di seluruh pelusuk
negara,” ujarnya.
Tambah
Jeffry lagi, sebagai badan NGO
sepatutnya tidak memihak mana-mana dan harus memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perjuangan PERKASA dan bukannya
mencampur adukan dengan politik sehingga tergamak mengeluarkan kenyataan yang
tidak boleh diterima akal dan kebudak-budakan tanpa memikirkan implikasinya.
“Saya
cadangkan jangan berlengah-lengah lagi, pihak
Barisan pimpinan PERKASA harus
mengambil tindakan drastik terhadap peri laku Irwan itu kerana perbuatannya telah melanggar
tatatertib dan etika dasar prinsip perjuangan asal
PERKASA. Perkara ini jangan dibiarkan, orang sebegini perlu disingkir dan dihalau dari menjadi ahli
PERKASA kerana tindak tanduknya seperti gunting
dalam lipatan dan duri dalam daging," tegasnya.
No comments:
Post a Comment