Friday 30 August 2013

UMNO SANDAKAN TERUS DILANDA TSUNAMI POLITIK



Dari Meja Ketua Biro, Shaimon S Jumadi



DALAM kehangatan dan  kerancakan perbualan dalam kalangan ahli-ahli UMNO Bahagian Sandakan mengenai pertandingan beberapa jawatan yang kini menjadi rebutan antara satu sama yang lain,  dan ini untuk menambah  bahan cerita yang boleh dikongsikan untuk tatapan bersama khususnya untuk siaran Portal Online Sabahkini.Net  sebelum dan sesudah penyerahan borang-borang pencalunan yang akan dilakukan pada pertengahan bulan September ini.

Justeru saya bersempatan  menemui  Saudara Zamri Haji Othman iaitu nama yang begitu hangat disebut-sebut sebagai ahli UMNO Bahagian Sandakan yang begitu berpotensi dan mampu memberi  cabaran untuk bertanding apa sahaja jawatan.

Menurut rekod, bahawa beliau yang telah 3 kali bertanding iaitu sebagai  Perwakilan G2 Pemuda sekali dan  Perwakilan G7 Bahagian dua kali ke Perhimpunan Agong UMNO telah  tidak pernah gagal.

Beliau juga pernah menyertai pertandingan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sandakan namun menemui kegagalan bilamana pucuk kepimpinan UMNO Bahagian Sandakan berkeinginan agar jawatan itu diberi kemenangan tanpa bertanding kepada Datuk HJ Awang Kandin Tang yang juga Ketua Pemuda UMNO Sabah masa kini.

Dalam pada itu, sistem pencalonan pada masa tersebut yang tidak begitu telus telah menyebabkan beberapa cawangan yang mencalonkan beliau telah pun digantung  ini menyebabkan beliau tidak menerima pencalonan yang mencukupi untuk melayakkannya  bertanding.

Pada pemilihan UMNO 2008 , beliau hanya bertanding selaku Perwakilan G7 Bahagian  UMNO Sandakan ke peringkat pusat dan telah memenangi  pertandingan tersebut sebagai satu-satunya calon luar yang tidak direstui oleh kepimpinan UMNO Bahagian Sandakan.

Pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sandakan 2012 , bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan, Saudara Zamri Hj Othman telah dengan lantang mendedahkan kepincangan kepimpinan UMNO Bahagian Sandakan apabila beberapa buah projek telah 'dialibabakan' kepada seorang kontraktor Cina.

Beliau sambil menyatakan bahawa projek-projek tersebut telah menerima kelulusan oleh YB Dato Seri Mohd. Shafie Hj Apdal selaku  Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia. Projek-projek tersebut adalah seperti Membina Semula Jambatan Kayu di perkampungan  majoriti  Melayu sekitar Sandakan.

Beliau secara sinis berkata bahawa jika beliau yang hanya berjawatan selaku Timbalan Ketua Cawangan  dapat memikirkan dan menangani permasalahan perkampungan Melayu yang mempunyai jambatan –jambatan kayu yang telah uzur serta usang. Apa yang selama ini Ketua UMNO Bahagian Sandakan telah lakukan ? Kenapa calon Barisan Nasional P.186 Sandakan Datuk Liew Vui Keong  mengalami kekalahan sedangkan kedua-dua calon DUN memperolehi kemenangan!

Perbualan panjang lebar  antara saya dengan  saudara Zamri Hj Othman sempat bertanyakan  berkenaan pertandingan peringkat UMNO Bahagian Sandakan.Beliau telah menyatakan pendirian bahawa kepimpinan peringkat UMNO Bahagian Sandakan perlukan perubahan

Jelasnya lagi  bahawa sebarang jawatan bukannya hakmilik mutlak seseorang atau sesebuah keluarga. Beliau amat bersetuju apabila Ybhg Datuk Hj Awang Sham Hj Amit yang pada masa kini menyandang jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan diberi peluang semula.

 Zamri Hj Othman yang  akan bertanding sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan. Beliau secara tegas menyatakan bahawa tidak pernah terfikir untuk menyertai pertandingan jawatan tersebut kerana amat yakin bahawa saudara Jainuddin Ebrahim yang juga Bendahari Bahagian pada masa kini adalah calon yang sesuai . Apatah lagi sejak kebelakangan ini dia amat rapat bersama dengan Ybhg Datuk Hj Awang Sham Hj Amit yang berpeluang menemui ahli-ahli UMNO

Sungguhpun begitu saudara Zamri Hj Othman menyatakan bahawa kemungkinan beliau menyertai pertandingan selaku calon Naib Ketua Bahagian UMNO Sandakan adalah amat besar. Hal ini demi menghormati permintaan secara senyap peringkat akar umbi  yang inginkan beliau menjawat jawatan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang keinginan seorang AJK Bahagian UMNO Sandakan yang menawarkan diri bertanding selaku Naib Ketua Bahagian UMNO Sandakan, beliau amat yakin yakni tidak akan terjadi pertembungan tersebut kerana beliau dan Saudara Shariff Osman Hbb Ahmad yang seperti saudara kandungnya  adalah dari cawangan  sama dan terdapat percaturan yang tidak dapat didedahkan

Apapun tambah  Zamri Hj Othman semua persoalan akan terjawab pada masa pendaftaran pencalonan kelak.  Wartawan Sabahkini.Net yang pastinya tidak memihak mana-mana kumpulan akan terus mengikuti perkembangan UMNO Sandakan yang semakin kritis yang  terus bergolak  boleh dikategorikan  sebagai Tsunami UMNO Sandakan.

No comments:

Post a Comment