Friday 30 August 2013

LDP TERUS BERGELOLAK SEMASA SENDIRI



Dari Meja Ketua Biro,Shaimon S Jumadi





EKORAN Kekalahan calon BN/LDP Datuk Liew Vui Keong  pada pilihanraya umum (PRU 13) lalu  kerana gagal mempertahankan kerusi Parlimen  Sandakan  yang tewas di tangan calon DAP Stephen Wong, yang hanya  berjaya meraih undi 13,138   berbanding DAP memperoleh kemenangan sebanyak 14,226  bukan saja mendapat  satu tamparan yang bertubi-tubi di kalangan para penyokong BN bahkan mengakibatkan tercetusnya perbalahan   semasa sendiri khususnya  dalam LDP.

Pada awal-awal lagi, dalam perjuangan LDP sudah berpuak-puak dan mempunyai kumpulan-kumpulan tertentu antaranya kumpulan A ialah Datuk VK Liew sementara kumpulan B ialah Datuk Lim Ming Ho, ahli-ahli LDP sendiri merasa bingung dan pening kepala yang mana satu pemimpin yang harus disokong.

Kekalahan VK Liew juga adalah berpunca daripada perbuatan sabotaj sama ada datangnya daripada ahli-ahli LDP juga namun tidak dinafikan ada juga anggota daripada parti-parti komponen BN lainnya yang terlibat sama  mensabotaj.

Sebagai Wartawan Kanan Sabahkini. Net yang pernah berkhidmat  di pejabat Parlimen Sandakan sebagai Pegawai Akhbar kepada mantan Ahli Parlimen Sandakan selama 2 tahun, banyak info-info dan maklumat  mengenai perjalanan perjuangan  LDP sebelum piihanraya lagi umpamanya gemar berpuak-puak dan membentuk kumpulan masing-masing.

Dalam menerajui kepimpinan LDP sebenarnya banyak perkara-perkara songsang yang berlaku sebagai contoh yang terdekat  kebanyakkan  projek-projek yang menggunakan peruntukan  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)  yang dikendalikan oleh LDP boleh dikatakan 80 peratus telah dibolot  oleh salah seorang Ahli Majlis Tertinggi  LDP, tak perlu saya sebutkan di sini siapa orangnya yang monopoli pembikinan naik taraf Jambatan simen dari Jambatan lorong 1 sehingga lorong ke 24, Jambatan Kampung Sim-Sim, mereka sudah tahu siapa yang yang telah dimaksudkan itu.

Begitu juga projek mengecat semula perumahan Taman  Mesra di fasa 1, dibolot orang yang sama juga sehingga fenomena ini mencetuskan kemarahan bukan saja kepada ahli-ahli LDP bahkan kepada ahli-ahli komponen BN lainnya  yang rasa tidak puas hati  kerana ada projek dimakan sendiri dan kekenyangan sendiri.

Seminggu sebelum penamaan calon dijalankan, beberapa orang LDP sepejabat dengan saya pernah bercakap  “Ini kali kita punya Boss mesti kalah punya,”  awal-awal lagi segelintir AJK Bahagian LDP Sandakan sudah meramalkan   dan membayangkan calon BN memang tumpas  dan ini jelas apa yang diramalkan itu telah menjadi satu kenyataan bahawa VK Liew kalah.

Kekalahan VK Liew calon Parlimen Parlimen BN Sandakan, kemenangan Calon ADUN Tanjung Papat Datuk Raymond Tan dan kemenangan Au Kam Wah Elopura yang mendapat majoriti  yang terendah ini berkisarkan  timbulnya kemarahan para pengundi daripada masyarakat Cina  kawasan Parlimen Sandakan yang tidak puas hati terhadap calon-calon BN yang dikatakan tidak adil dalam pemberian bantuan kepada para pengundinya.

Buktinya masyarakat cina hanya menerima antara RM30.00 hingga RM50.00 sementara pengundi Melayu/Bumiputera terutama sekali penyokong-penyokong UMNO menerima KARISMA sebanyak RM300.00 setiap seorang dalam bentuk baucer .

Ekoran daripada birokrasi itu, maka para pengundi-pengundi cina betul-betul marah terhadap kerajaan BN dan kena tempiasnya  ialah calon-calon BN itu sendiri yang menjadi sasaran. Dan pada kesimpulannya  mampu kah LDP mewujudkan kerjasama setia sekata untuk berjuang untuk memantapkan lagi LDP di masa akan datang?
Cukup sampai di sini saja kita akan sambung semula setelah artikel ini disiarkan.

No comments:

Post a Comment