Oleh : Syed Kamal
SOKONG...Afidah
Afie dan Sayap Wanita dan Sri Kandi Tuaran menyokong Rosnah sebagai exco Wanita
UMNO pada pemilihan parti September depan.
KOTA KINABALU – Naib Ketua Penerangan Pertubuhan
Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) Afidah Afie menyambut baik
hasrat Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
bertanding bagi jawatan exco Wanita Umno pusat pada pemilihan parti kali ini.
Afidah berkata Rosnah yan juga Ahli Parlimen Papar
mempunyai kriteria pemimpin yang diperlukan dalam usaha mengangkat martabat Wanita
Umno ke peringkat lebih tinggi.
“Berdasarkan pengalaman beliau menyandang jawatan
sebagai Ketua Pergerakan Puteri Umno Negeri Sabah dan Ketua Pergerakan Puteri
Umno Malaysia, saya yakin beliau mampu menyumbang serta memberi khidmat terbaik
kepada Pergerakan Wanita Umno secara khususnya dan parti secara amnya,” katanya
dalam kenyataan kepada wartawan Sabahkini.net, di sini semalam.
Menurut Afidah, yang juga Timbalan Pengerusi
PRIBUMIS Tuaran ,Sayap Wanita dan Sri Kandi PRIBUMIS bahagiannya akan memberi
sokongan padu kepada Rosnah jika beliau ingin bertanding jawatan exco terbabit.
Afidah juga menolak tanggapan pencalonan Rosnah akan
menjejaskan peluang dua lagi pemimpin Wanita Umno Sabah yang diuar-uar
menandingi jawatan naib ketua Wanita Umno pusat.
No comments:
Post a Comment