Monday, 26 August 2013

PENDUDUK LOCK YEN 10 TAHUN TERUS DILANDA BANJIR



Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto:Saffie S Jumadi




BERTAKONG....Wong (Baju Hijau) disebelahnya Yapp bersama penduduk lainnya berdiri ditepi jalan yang ditenggelami air buat selama-lamanya



SUDAH  hampir sepuluh (10) tahun penduduk Kampung Lock Yen Jalan Bypass Seguntor  yang membabitkan 30 keluarga daripada 8  buah rumah  yang terus berdepan masalah kebanjiran acapkali musim hujan.

Air yang melimpah ruah dari beberapa batang parit yang tersumbat lantaran  kawasan perumahan kerap kali banjir bukan saja menenggelami beberapa batang  jalan bahkan rumah-rumah berhampiran juga turut ditenggelami.

Yapp Thien Sung seorang penduduk yang mengadu kepada Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang turut dipelawa untuk  memeriksa situasi dipersekitaran  Kampung Lock Yen bersama-sama Krew dan Wartawan Kanan Sabahkini.Net,   terbukti sebatang jalan penghubung dengan beberapa rumah telah ditenggelami air bukan sehari dua hari  bahkan sudah sepuluh tahun lamanya namun tiada sesiapa yang ingin mengambil  tahu masalah penduduk tersebut walaupun telah dimaklumkan kepada pihak-pihak yang tertentu.

Menurut Yapp Lock Yen, Jalan Bypass Seguntur adalah di bawah kawasan DUN Gum-Gum dan Parlimen Libaran sepatutnya  masalah tersebut  sudah lama ditangani oleh kedua-dua pemimpin itu

Tambah Yapp lagi, keadaan air yang menenggelami jalan  tersebut  sedalam kira-kira lima kaki itu tidak pernah berubah walaupun tidak hujan. Keadaannya kekal begitu sahaja  dan para penduduk yang menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama dan mereka terpaksa berjalan kaki kerana tidak boleh dilalui oleh  kenderaan kecil kecuali kenderaan pacuan empat roda sahaja.

“Hari-hari kami basah, jalan kaki mesti  buka kasut,  yang kesiannya budak-budak yang pergi ke sekolah terpaksa basah kuyup. Baru sampai  jalan lain nanti begitu juga, bila pulang kerumah pun  dalam keadaan basah. YB Zakaria YB Juslie tidak kesian kah sama kami yang hidup dalam kesengsaraan ini hampir sepuluh tahun ini? Tolonglah YB,”  jelas Yapp dengan nada sedih  dan sayu.

Walaupun kawasan Libaran bukan di bawah jagaan saya jelas Wong  tetapi sebagai Wakil Rakyat yang berkhidmat kepada rakyat jelata, saya  betul-betul amat bersimpati  dan kasihan terhadap nasib  paling malang  yang menimpa  30  keluarga  yang membabitkan lapan  buah rumah di kampong Lock Yen itu.

“Dengan itu saya memohon jasa baik kepada ADUN Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Edress dan Ahli Parlimen Libaran  Datuk Hj Juslie Ajirol, agar dapat menghantar para pegawainya membuat spot check atau melawat ke Kampung Lock Yen agar dapat melihat sendiri mengenai keadaan sebenar  dan selanjutnya menemui para penduduknya yang 100 peratus mereka  adalah warga tempatan daripada kaum  masyarakat cina yang meruapakan pengundi Libaran,” tegasnya.

Kata Wong lagi  kepada Yapp pihak pejabat Parlimen Sandakan akan membantu untuk mengutus surat rasmi kepada ADUN Gum-Gum dan ADR Parlimen Libaran bagi memaklumkan mengenai masalah seperti yang dilaporkan supaya  mereka mencari jalan alternatif bagi menanangani masalah tersebut dengan kadar segera.

No comments:

Post a Comment