OLEH:
SHAIMON S JUMADI
KURANGNYA
pemantauan ketat pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) bagi membanteras kebanjiran para
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Mereka mendirikan rumah-rumah
haram di atas tanah kerajaan atapun tanah-tanah persendirian
termasuk di sepanjang Jalan Buli Sim-Sim berdepan dengan Majlis
Daerah Sandakan yang tidak dikawal semakin banyak bilangannya
umpama tumbuh seperti cendawan.
Mendirikan
rumah-rumah di lereng bukit sudah pastinya bakal mengundang bahaya
kepada penduduk terbabit apabila dimusim hujan berpanjangan dan
tragedi tanah runtuh pernah berlaku di kawasan perumahan tersebut
kira-kira 3 tahun yang lalu dan telah mengorbankan beberapa nyawa.
Wartawan
Kanan Sabahkini.Net telah dimaklumkan oleh beberapa orang penududuk
Kampung Sim-Sim menurut mereka perkara ini sudahpun dimaklumkan
kepada pihak MPS berkali-kali tetapi sehingga ke hari ini tiada
sebarang reaksi dan tindakan diambil oleh pihak yang bersangkutan.
Kata
mereka lagi seandainya perkara ini dibiarkan begitu saja tanpa
diambil tindakan daripada kerajaan maka pertumbuhan rumah-rumah
dipersekitaran kawasan tersebut semakin bertambah dan sukar untuk
dikawal,nanti.
Memandangkan
80 peratus penduduknya adalah PATI sudah tentu mengundang pelbagai
kegiatan negatif akan berlaku diluar jangkaan seperti jenayah
No comments:
Post a Comment