Saturday 24 August 2013

PERKHIDMATAN DAN KEKURANGAN DOKTOR HOSPITAL PERLU DIATASI



Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto Saffie S Jumadi


ALBUM KENANGAN Wong dan Dr Francis bergambar kenangan bersama rombongan dan pegawai HDOK Sandakan





KUNJUNGAN kehormat Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong dan rombongannya  ke Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK) kelmarin  telah disambut dengan penuh kemesraan oleh Pengarah Hospital Dr Francis Paul dan para pegawai dan kakitangannya.

Dalam perjumpaan tersebut yang bermula dari jam 9.00 hingga jam 11.00 pagi hampir dua jam itu banyak perkara penting yang telah dibincangkan  bersama dengan suasana harmoni antaranya ialah mengenai perkhidmatan hospital berkenaan, prasarana dan lain-lain lagi.

Sebagai Ahli Parlimen Sandakan, walaupun di pihak parti pembangkang yang telah dipilih dan diberi mandapat sepunuhnya oleh rakyat jelata  pada PRU 13 lalu untuk mewakili kawasan Sandakan, kita memang mempunyai misi dan visi. Fokus pertama ialah menjurus kepada membantu segala masalah rakyat dalam pelbagai aspek  untuk diketengahkan kepada pihak kerajaan khususnya jabatan-jabatan kerajaan yang berkait rapat dengan masalah rakyat.

Antara  perkara mahupun agenda yang menjadi topik   perbincangan tersebut antara Wong dengan Dr Francis ialah mengenai kekurangan tempat  letak kereta (Parking Space) para pengunjung yang datang ke hospital itu  sama ada untuk mendapat rawatan atau melawat pastinya sukar untuk mendapat parking setiap masa, semuanya kerap dipenuhi  lantas menyebabkan kesesakan berlaku pada saban hari.

Menurut keterangan Dr Francis mengenai masalah parking,  kertas kerjanya sudahun diajukan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu cadangan projek membina bangunan letak kereta bertingkat. Dalam  kertas cadangan menyenaraikan kos sebanyak RM25 juta kini  masih lagi dalam pertimbangan dan proses kelulusan  oleh pihak kementerian yang dimaksudkan.

Selain itu Wong juga banyak menerima aduan daripada masyarakat setempat  yang mendakwa perkhidmatan hospital itu  tidak memuaskan  dan ini perlu diatasi dan sistem perhidmatan perlu diperbaiki demi keselesaan kepada para pesakit terbabit.

Sambil itu Wong juga telah menyentuh mengenai kaunter di farmasi  hospital berkenaan. Katanya, kaunter yang sedia ada ialah enam kaunter tetapi yang beroperasi pada saban hari hanya dua kaunter sahaja ini juga menjadi masalah kepada pesakit  yang ingin mengambil ubat dari farmasi tersebut kerana terlalu lama menunggu.

“Kekurangan doktor di Hospital ini juga punca masalah terutama sekali pesakit yang ingin memeriksa darah  menunggu berjam-jam  lamanya kerana bilangan pesakit yang datang dalam satu masa bukan  main ramainya sehingga ruang penuh sesak. Hal ini juga perlu diatasi segera  agar tidak menjadi beban dan rungutan masyarakat,” jelas Wong kepada  Wartawan Sabahkini.Net sejurus selepas  kunjungannya ke Hospital.

Wong bagi pihak DAP Sandakan   dan Pejabat Parlimen mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Hopital Dr Francis dan pegawai-pegawainya kerana memberikan layan yang baik serta  kerjasama sepenuhnya  terhadap pihaknya semasa mengadakan pertemuan  dan perbincangan yang banyak membawa seribu makna  kepada kedua belah pihak.

Turut hadir pada sesi perjumpaan tersebut ialah mantan calon ADUN DAP Tanjung Papat, Frankie Poon, mantan Calon ADUN Karamunting Calvin Chong, Pegawai  Perhubungan  Parlimen P186 Sandakan Amsi Liew , Pembantu Khas MP Jaidin Awang Damit dan Pelolong Setiausaha Pentadbiran MP Sandakan Brian Chang Shak Hung.

No comments:

Post a Comment