Saturday 31 August 2013

KGKS SAMBUT BAIK JPS DIBERI KUASA AUTONOMI PIKUL TANGGUNG JAWAB



Oleh: Mail Mathew



TENOM: Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menyambut baik cadangan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Said Keruak untuk memberi lebih banyak kuasa kepada jabatan pelajaran Sabah (JPS) bagi mengurangkan birokrasi dalam usaha menambahbaik sistem pelaksanaan.

Presidennya Hussin Basir berkata demikian disini pada Rabu ketika mengulas perkara tersebut sepertimana dilaporkan baru baru ini, dimana sekiranya cadangan tersebut dipersetujui oleh pihak tertentu beliau yakin JPS mampu melaksanakan tanggung jawab itu dengan berkesan.

“ Kita setuju dengan pendapat Pengarah JPS Jame Alip bahawa sistem akan menjadi cepat, tepat dan selamat tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian.

“ Berhubung cadangan penambahan kakitangan teknikal kita juga amat bersetuju kerana ianya dilakukan semata mata untuk keperluan kerja bagi menyegerakan pelan tindakan pelaksanaan tanpa menunggu masa yang lama,” tegasnya.

Hussin berkata, adalah diharapkan agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak akan melengah lengahkan lagi pelaksanaan cadangan tersebut supaya pelan pembangunan pendidikan bagi tahun 2013- 2025 dapat direalisasikan mengikut perancangannya.

Tegasnya lagi, beliau bersetuju dengan pendapat yang diutarakan Pengarah JPS bahawa kedudukkan Sabah dan Sarawak agak berlainan dengan negeri negeri lain diSemenanjung dimana pendekatan yang berbeza diperlukan apabila menjayakan program program Kementerian.

Dua hari lalu, Pengarah JPS Jaime Alip ketika mengulas kenyataan Datuk Salleh Said Keruak berhubung cadangannya, dipetik sebagai berkata, antara lain memberi alasan bahawa pegawainya mendakwa masalah timbul apabila menghubungi Putrajaya untuk mendapatkan dana bagi program apabila berlaku kesilapan dokumentasi.

Selain itu, dengan lebih banyak kuasa autonomi, JPS dengan secara langsung dapat memantau projek, membayar segera dan dapat mengendalikan kerja kerja pembaikan dengan kontraktor, tegasnya.

No comments:

Post a Comment