Oleh:
Shaimon S Jumadi
Foto:
Saffie S Jumadi
TEMUBUAL...DSP Ooi sedang ditemubual
mengenai objektif Program Hari Pelanggan PDRM dengan Masyarakat
RAKAN
COP adalah medium perantaran untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat
kerana ia mengambil konsep yang mudah
dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubngan kukuh dengan orang ramai
melalui pendekatan yang lebih jelas mudah, bersepadu dan tersusun.
Program
RAKAN COP adalah bersifat 'Community Oriented Policing' dan 'Smart Partnership',
pendekatannya adalah dengan menggalakkan pembabitan orang ramai menggembeling
tenaga untuk memerangi jenayah apa jua masalah keselamatan di sekeliling.
Antara
impak positif dari pelaksaan program
RAKAN COP adalag terbahagi tiga kategori seperti berikut:-
01. Memberi
kesan sivik kepada masyarakat mengenai
pelbagai sudut keselamatan.
02. Mengeratkan
hubungan mesra antara polis dan masyarakat untuk meningkatkan lagi keyakinan
rakyat kepada polis
03. Memberi
maklumat yang tepat untuk manfaat seluruh masyarakat.
Demikian
dijelaskan sendiri oleh DSP Ooi Guan Siew kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net
semasa ditemubual eksklusif sempena Progran Hari Pelanggan Polis 'PDRM Bersama Pelanggan' anjuran Ibu
Pejabat Polis Sandakan yang diadakan di
Pasar Malam Minggu di Bandar Kim Fung dekat sini malam tadi.
Kata
Ooi Program tersebut diadakan pada
setiap bulan minggu ketiga pada Hari Sabtu dengan tujuan turun padang untuk
berjumpa dengan masyarakat bagi menerima pelbagai aduan antaranya mengenai rasa tidak puas hati
dengan khidmat polis dan juga mengenai
jenayah di sekeliling.
"Disamping
itu juga program seumpama ini memberi ruang dan peluang kepada orang ramai yang
mungkin tidak bebeberapa selesa pergi ke
Balai-Balai Polis yang berhampiran untuk
membuat aduan lantas dengan adanya program
sebegini mereka boleh melaporkan tanpa pergi ke Balai Polis," jelas
Ooi.
Ooi
menjelaskan Program Hari Pelanggan Polis ini diadakan setiap bulan minggu
pertama di Ibu Pejabat Polis Jalan
Pantai dan sambutannya amat menggalakkan daripada penduduk setempat.
Sempena
Hari Pelanggan Polis pihaknya mengadakan pameran pelbagai jenis bahan
narkotik untuk tatapan dan tontonan pengunjung.
No comments:
Post a Comment