Oleh:
Shaimon S Jumadi
Foto: Saffie S Jumadi
TEMUBUAL.... Bakal Wira UMNO
Sahari sedang diwawancara oleh Wartawan Kanan
mengenai niatnya nak jadi Ketua
bahagian UMNO Sandakan
SAYA
menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut Jawatan Ketua Bahagian UMNO Sandakan pada
pemilihan yang dijadualkan pada Oktober ini serentak di seluruh negara sama sekali saya tidak bermaksud untuk menentang
dasar-dasar perjuangan UMNO namun
sebaliknya adalah untuk menentang dasar kepimpinan Ketua Bahagian UMNO sekarang
yang sudah tidak relevan lagi.
Ramai
dalam kalangan Ketua-Ketua Cawangan dan juga ahli-ahli UMNO di peringkat akar
umbi mahu Ketua Bahagian yang ada sekarang disingkir dan digantikan pemimpin
yang baru terutama sekali yang berwawasan untuk membela nasib kehidupan ahli-ahli UMNO keseluruhan
bukan kroni-kroni saja yang kenyang.
Saya
tidak nafikan dalam menerajui kepimpinan Bahagian seperti UMNO Beluran, UMNO
Libaran, dan UMNO Kinabatangan boleh dikatakan kehidupan sama ada Ahli Jawatankuasa Bahahgian Ketua-Ketua cawangannya 70 peratus hidup dalam serba serbi
kemewahan 60 peratus mereka mempunyai
kebun mahupun ladang-ladang sawit di samping mempunyai kereta jenis Pacuan 4
Roda (Double Cap) berbanding ketua-ketua cawangan di Bahagian UMNO Sandakan
kalau adapun hidup senang tidak sampai 30 peratus.
Pembelaan
kepada ahli-ahli UMNO yang setia kepada
pemimpin amat penting dan harus diambil kira dan mereka perlu mendapat
pembelaan yang sewajarnya dalam pelbagai
aspek contohnya setiap tahun bahagian mendapat peruntukan projek apa salahnya mereka juga diberikan agar
mereka sama-sama mengecapi sedikit
kesenangan.
Sebenarnya
UMNO Sandakan tidak boleh dibanggakan seperti
Bahagian lainnya kerana UMNO Sandakan gemar berpuak-puak, masing-masing
mempunyai group yang terdiri daripada Group A Tan Sri Ampung, Group B Datuk
Awang Sham dan Group C saya sendiri.
Dalam
menerajui kepimpinan UMNO Sandakan yang sudah berpecah belah ekoran tercetusnya
kumpulan-kumpulan seperti yang saya nyatakan tadi, kalau memang UMNO
benar-benar sehati sejiwa dalam perjuangan ini saya rasa Calon BN Datuk VK Liew
tidak tumpas di tangan DAP pada PRU 13 lalu.
Di sinilah
mula memperlihatkan tiada ketelusan dan keikhlasan berjuang dalam UMNO khususnya Barisan
Nasional (BN) kerana masing-masing
mementingkan diri sendiri yang menjadi
mangsanya ialah BN sendiri kerana rentetan ketiadaan kerjasama yang intim dalam
kerja berpasukan terutama sekali semasa
berkempen timbul pelbagai konflik.
Begitulah
kenyataan yang diluakan oleh Sahari Ahmad
yang berani mencoba dirinya untuk bertanding bagi merebut jawatan Ketua
Bahagian yang selama ini menjadi impian dan idamannya dan sekarang sampailah saat dan
masanya akan tiba untuk menentukan kehandalan dan pengaruhnya di dalam arena
dan kanca politik khususnya UMNO
Sandakan.
Bercakap kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net dalam
satu wawancara khas kelmarin Sahari
menjelaskan seandainya Sahari ditakdirkan dapat menewaskan Ketua Bahagian UMNO yang ada sekarang, mana-mana pengerusi JKKK yang tidak
menyokongnya dan berpihak kepada Ketua Bahagian termasuk jawatan Pemaju Mukim,
Pemaju Masyarakat juga jawatan Pegawai Kemajuan
Masyarakat (CDO) akan terus dikekalkan
mereka tidak perlu disingkirkan.
“Kecuali mereka yang bekerja di Pejabat UMNO
Bahagian itu memang sapu bersih satupun tiada yang tinggal dan kita lantik para
pegawai dan kakitangan yang baru terbahagi kepada dua zon Tanjung
Papat dan Elopura. Ini baru adil namanya,
kita tidak mahu pegawai dan kakitangan yang bekerja di pejabat Bahagian yang
diambil daripada suku sakat dan keluarga
terdekat sahaja sehingga orang lain tidak diberi peluang langsung,”
Katanya.
“Saya
tidak boleh menjanjikan sesuatu jika mereka memilih saya sebagai Ketua Bahagian
UMNO Sandakan 2013/2017 saya akan
buktikan ketelusan saya memimpin UMNO Sandakan
pastinya banyak belaku perubahan
terutama sekali menjurus kepada kehidupan Ketua-Ketua cawangan ahli-ahli UMNO
dan juga rakyat jelata.
Sikap
birokrasi dan pilih kasih langsung tidak wujud, kita buat sama rata duduk sama
rendah berdiri sama tinggi. Malah sistem kroni langsung tidak wujud lagi sebab
mereka juga ahli-ahli UMNO yang kita pimpin dan mereka berhak mendapat sedikit
kemewahan ini selaras konsep perjuangan
Parti komponen Barisan Nasional (BN) Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, Janji ditepati!” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment