Sunday, 25 August 2013

JAWATAN NAIB PRESIDEN HARUS KEKALKAN SHAFIE APDAL!




Sorotan oleh: Shaimon S Jumadi



JAWATAN Naib Presiden yang kini disandang oleh Datuk Seri Hj  Mohd Shafie Hj Apdal perlu dipertahankan  walaupun sesiapa saja  ahli-ahli UMNO dibolehkan bertanding jawatan ini. Manakala lain-lain jawatan adalah bebas untuk dipertandingkan kerana ianya adalah hak individu masing-masing.

Walau bagaimanapun ahli-ahli UMNO di Sabah perlu mengambil kira beberapa sudut untuk pemilihan jawatan penting ini.  Seandainya seseorang itu bertanding, ditakdirkan ia memang  calon dari Negeri Sabah sedangkan calon itu hanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, kalau dia menang menjawat jawatan  Naib Presiden  wakil dari Sabah,  bolehkah seseorang itu dilantik untuk memegang jawatan sama ada Menteri Penuh atau Pembantu Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan?

Kemenangan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Semporna melayakkan beliau  telah dilantik sebagai Menteri penuh di barisan Kabinet Persekutuan iaitu Menteri Kemajauan  Luar Bandar  dan Wilayah. Kejayaan Shafie sekaligus mengharumkan nama Sabah kerana beliau satu-satu anak jati kelahiran Negeri di Bawah bayu mempunyai kedudukan di peringkat persekutuan ini harus mendapat  penghargaan daripada segenap lapisan masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO itu sendiri.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan peranan Shafie sebagai  Menteri berkenaan telah banyak memainkan  peranannya ke arah  merealisasikan  dan mempertingkatkan pembangunan di Negeri Sabah terutama sekali di kawasan luar bandar.

Apa gunanya kalau seseorang itu hanya sebagai ADUN dan  bila menjawat jawatan sebagai Naib Presiden tetapi tidak boleh dilantik sebagai Menteri di peringkat  persekutuan?

Ramai  ahli-ahli UMNO yang beranggapan kenapa  beberapa pemimpin kanan UMNO di Sabah beria-ia sangat menyokong  dan mahukan Ketua Menteri Sabah supaya bertanding untuk merebut jawatan Naib Presiden, tindakan itu tidak salah semua orang berhak untuk berbuat demikian. Namun tindakan mereka tidak relevan dengan keperluan Parti UMNO.

Sebenarnya cadangan beberapa pemimpin kanan UMNO yang mahukan Ketua Menteri Sabah bertanding jawatan yang dimaksudkan itu ada niat yang tidak baik atau ada udang di sebalik mee. Andai  ditakdirkan Ketua Menteri tewas dalam perebutan jawatan tersebut sudah pastinya kedudukan sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri termasuk jawatan Ketua Perhubungan  UMNO Negeri Sabah akan tergugat.

Kita harus fikir dan pandang ke depan hala tuju maruah seorang yang menjawat jawatan Ketua Menteri  Sabah ditakdirkan tewas dan cita-cita untuk menyandang jawatan Naib Presiden tidak kesampaian.

Kalau seseorang itu Ahli Parlimen  dari Sabah yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kabinet contohnya  seperti Ahli Parlimen dari Kalabakan  Datuk Abdul Ghapur Salleh,  apabila dia menang   dalam rebutan Naib Presiden UMNO setidak-tidaknya pemimpin Persekutuan  melantiknya   beliau sebagai Menteri Penuh atau sebaliknya.

“Saya bukannya berniat  serong, namun sebagai ahli UMNO dikhuatiri dalam perebutan jawatan Naib Presiden nanti tiada seorangpun ahli-ahli UMNO dari Sabah yang terpilih  ini yang kita haruskan fikirkan sedalam-dalamnya. Apa yang penting ahli-ahli dan para pemimpin UMNO sama ada dari Bahagian sebelah Tawau, Lahad  Datu, Semporna termasuk Sandakan  harus bersatu untuk menyokong dan mengekalkan kedudukan Shafie Apdal sebagai Naib Presiden kerana selama beliau menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau telah banyak menabur  bakti dan jasanya  kepada negeri Sabah khususnya dalam aspek pembangunan perdana,” begitulah penjelasan  panjang lebar Presiden Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Jeffrey Rosman ketika diwawancara oleh Wartawan Kanan Sabahkini.Net kelmarin.

1 comment:

  1. bodoh punya jrffrey rosman. . ADUN pun boleh jadi menteri persekutuan laaa. . angkat sumpah SEnator sajaa syaratnyaa. .. apa macam orang bodoh @ basug @ paloii @ sot macam si jeffrey ni bule jadi presiden ??? kuat mengampu@mengamputt barangkaliii? ??

    ReplyDelete