PKR
Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md
Hanipah yang mencadangkan agar kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau
Pinang.
Ketua
Pemudanya, Amir Ghazali berkata, cadangan Ahmad Bashah yang dibuat dalam sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam seperti ingin menghukum rakyat Pulau
Pinang kerana tidak memilih BN.
Katanya
lagi, beliau turut meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir
tidak melaksanakan tuntutan Ahmad Bashah yang disifatkan sebagai tidak berasas,
zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Kenyataan
YB Datuk Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal, tetapi turut sama
mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno. Mereka rela untuk menghukum rakyat
semata-mata kepentingan politik sempit mereka," kata Amir dalam kenyataan
hari ini.
Semalam,
Sinar Harian melaporkan, Ahmad Bashah mencadangkan agar sekatan laluan air ke
Pulau Pinang perlu memandangkan kerajaan Kedah mempunyai hak ke atas air
mentah.
Sehubungan
itu, mengulas kenyataan Ahmad Bashah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
berkata, cadangan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah itu juga seperti
kekejaman Israel terhadap Palestin.
Lim
berkata, aliran sungai merupakan anugerah Tuhan dan tidak boleh diubah
sewenang-wenangnya mengikut kehendak pihak tertentu.(Malaysiakini)
No comments:
Post a Comment