Tuesday, 20 August 2013

KERAJAAN BN DIGESA CONTOHI KETEGASAN TUN M MEMIMPIN NEGARA KETIKA BERKUASA, DAP SABAH



Oleh: Mail Mathew 



Pengerusi Democracy Action Party (DAP) Sabah Jimmy Wong Tze Phin menegaskan bahawa kerajaan perlu mencontohi ketegasan kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dalam melaksanakan undang undang Negara semasa berkuasa yang tidak berbelah bahagi ketegasannya.


Beliau berkata, tindakan paling popular beliau (Tun M) pada ketika itu sekitar tahun 1980an berupaya menurunkan kekebalan undang undang terhadap Institusi Raja Raja Melayu, dilakukannya demi mempertahankan hak demokrasi selain menghormati keluhuran Undang Undang Negara.


“ Tidak ada gunanya negara membuang masa meletakkan semula undang undang EO yang sudah lapok (tetapi) sebaliknya adalah lebih baik mereformasikan tugas dan tanggung jawab Pasukan PDRM sebagai suatu pilihan terbaik bagi menangani kegiatan jenayah diseluruh negara."


“ Selain PDRM, tetapi juga kepada lain lain agensi seperti SPRM, SPR dan ROS perlu ditransformasikan supaya ia kelihatan lebih tangkas dan berwibawa dizaman alab baru ini,” kata Jimmy yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu pada Sabtu.


Jimmy berkata, sepertimana yang umum telah maklum bahawa kerajaan pada tahun 2011 telah pun menstrukturkan semula beberapa undang undang Negara yang difikirkan sudah tidak relevan lagi didalam keadaan semasa namun penguatkuasaannya masih belum sampai ke tahap maksimum untuk menangani kegiatan jenayah yang kini semakin meningkat.


Oleh kerana itu, tegasnya, Menteri Dalam Negeri Dato'Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengambil kesempatan menyalahkan kerajaan diatas pengguguran Emergency Ordinance (EO) dengan mendakwa kononnya ia adalah sebahagian daripada punca peningkatan kadar jenayah diseluruh Negara.


“ Dia mahukan EO itu dikembalikan untuk tujuan kegunaan membanteras peningkatan jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini tetapi persoalannya siapakah yang dipersalahkan didalam soal keselamatan awam dan Negara.


“Sudah pastilah semua orang bimbang tentang keselamatan diri masing masing...termasuk diri saya sendiri, jika ketegasan undang undang semakin lemah...disebabkan itu, kadar jenayah pula semakin meningkat,” tegasnya.


Dalam pada itu, Wong turut melahirkan kebimbangan dimana dengan populasi Negara telah mencecah seramai 28 juta tidak mungkin kadar nisbah 1:250 orang dibawah pengawasan setiap anggota Pasukan Keselamatan mampu mengawalnya.


Agak malang jika anggota Pasukan seramai 112,583 masih kekal digunakan untuk tugasan pentadbiran sedangkan sekurang kurangnya kira kira 60 peratus (daripada jumlah itu) seharusnya dikerahkan untuk membantu tugasan diluar bagi mengawal keselamatan awam, tegas Wong.


Selain itu, Wong turut memperlekehkan perkataan yang pernah diungkapkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak sebelum pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) yang berbunyi :" You help me, I help you" kerana perkataan sebegitu rupa merupakan satu manifestasi yang kepimpinannya mudah dirunding atau satu gambaran berbentuk tidak tegas.

No comments:

Post a Comment