Monday, 26 August 2013

FINAS SUMBANG RM30 RIBU UNTUK PEMBIKINAN DOKUMENTARI



Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto: Saffies S Jumadi



WAWANCARA....Pengerusi FINAS Affendi sedang ditemubual eksklusif mengenai perkembangan FINAS



UNTUK membantu rakyat  khususnya masyarakat dalam pelbagai sudut aspek tidak hanya  bergantung kepada ahli-ahli politik semata-mata. Bukan orang politik pun jika ada keinginan  dan kemampuan ia bisa dilaksanakan.

Yang penting seseorang itu yang ingin membantu dengan niat yang iklas, telus juga mempunyai daya kemampuan dalam segi dana daya pemikiran yang dinamik pastinya berjalan dengan baik.

Pengerusi FINAS Malaysia Datuk Hj  Mohd Affendi Datuk Hj Hamdan menjelaskan perkara ini kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net semasa diwawancara secara eksklusif baru-baru ini sejurus selepas menyempurnakan majlis penutupan  Bengkel Lanjutan Penulisan Skrip dan Bengkel Sinematografi yang diadakan di Hotel  Four Point Sheraton, Sandakan.

Katanya tujuan FINAS menganjurkan kedua-dua bengkel berkenaan yang merupakan kedua kalinya diadakan ia menjurus untuk membantu, membimbing serta mencungkil bakat karya-karya muda untuk menceburi dalam bidang industri perfileman dan penulisan skrip drama dan sinema.

Seramai 40 orang peserta khususnya yang datang dari Sandakan yang menyertai bengkel tersebut yang bermula dari 23 hingga 27 Ogos 2013 di Hotel berkenaan. Mereka telah dibimbing dan diberi tunjuk ajar bukan setakat penulisan skrip semata-mata bahkan juga mereka diajar untuk cara-cara membuat penggambaran dan juga aspek seni lakonan.

“Saya  sebagai anak jati Sandakan yang dilahirkan di Kampung  Sim-Sim akan terus membantu kepada anak-anak muda khususnya generasi muda yang mempunyai keminatan dan kencenderungan sama ada dalam bidang seni lakunan dan jurukamera dan sebagainya yang ada hubung kait dengan kerja-kerja bidang perfileman,” ujarnya.

Sementara Sante Williamon yang ditugaskan sebagai Pengerusi Penyelaras Projek berkenaan antara lain menjelaskan beliau berasa bangga dengan sikap seorang anak jati Sandakan seperti Datuk Affendi yang begitu berpandangan jauh untuk membangunkan anak bangsanya terutama sekali masyarakat Sandakan dalam aspek dunia perfileman.

"Berani saya katakan perlantikan Datuk Affendi sebagai Pengerusi FINAS Malaysia  tidak sia-sia usahanya kerana telah membanggakan kami sebagai penduduk Sandakan yang mempunyai seorang pemimpin yang telus dan dedikasi," jelasnya.

Untuk menyuntik semangat kepada para peserta yang mempunyai potensi setelah menimba pengalaman hasil daripada mengikuti kursus mahupun bengkel berkenan, Affendi telah menghulurkan bantuan kewangan kepada Persatuan Fotografi Sandakan sebanyak RM30,000  untuk perongkosan pembikinan Dokumentari  yang berkait rapat mengenai sejarah daerah Sandakan seperti kewujudan Kg Bokara, Sim-Sim dan Batu Sapi.

Turut hadir pada  majlis  tersebut ialah Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampung Hj Puyun dan Dif-Dif Kehormat.

No comments:

Post a Comment