Friday 16 August 2013

PENGGANAS MALAYSIA DALANG KES CULIK DUA SEPUPU DI LAHAD DATU



Oleh : Syed Kamal



                        MANGSA…Wee Jie (kiri) berjaya melarikan diri pada 4 Ogos dan kembali ke Malaysia pada 8 Ogos lalu.


KUALA LUMPUR - Pengganas rakyat Malaysia yang juga pakar membuat bom, Mohd. Amin Bacho dikenal pasti sebagai dalang kes penculikan dua pemuda tempatan di Lahad Datu, Sabah pada November tahun lalu.



Menurut Pengarah Petugas Khas (Operasi/ Anti Keganasan) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, maklumat itu diperolehi selepas pihaknya melakukan soal siasat terhadap salah seorang mangsa, Tung Wee Jie, 26, di ibu negara pada Isnin lalu.


Wee Jie yang berasal dari Kepong di sini berjaya melarikan diri daripada kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di selatan Filipina pada 4 Ogos lalu manakala sepupunya, Chong Wee Wei, 34, dipercayai mati kerana sakit ketika masih dalam tahanan kumpulan tersebut.


"Melalui beberapa keping gambar suspek (penculik) yang ditunjukkan, mangsa mengecam salah seorang daripadanya ialah Mohd. Amin," katanya dalam satu sidang media.


No comments:

Post a Comment