Tuesday 27 August 2013

27 RIBU CAWANGAN DARIPADA 25 BAHAGIAN UMNO SABAH SOKONG ZAHID HAMIDI



Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto Saffie S Jumadi




TEMURAMAH....Juhari sedang diwawancara dan menjelaskan kedudukan Zahid sebagai Naib Presiden


MANTAN Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah Juhari Haji Janan menyeru kepada   27 ribu  cawangan UMNO seluruh Sabah yang membabitkan 25 Bahagian  supaya setia sekata dan sejiwa memberi undi kepada Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  untuk mengekalkan  dan mempertahankan jawatanya Naib Presiden UMNO pada pemilihan yang akan dilangsungkan pada Oktober ini nanti.

Sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Zahid  daripada ahli-ahli UMNO keseluruhan termasuk Sabah dan  Semenanjung amat diperlukan kerana Zahid adalah seorang pemimpin yang dinamik dan berdedikasi.

Juhari yang juga selaku Ketua Cawangan UMNO  Kampung  Hidayat Kinabatangan  berkata demikian kepada   Wartawan Sabahkini.Net malam tadi   sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat Tahunan cawangannya.

Katanya lagi Zahid Hamidi yang  kini memegang jawatan sebagai  Menteri Dalam Negeri  (KDN) dan sebelum ini beliau pernah menyandang jawatan Menteri Pertahanan  Malaysia banyak memainkan peranan dalam  menabur bakti dan jasanya  kepada bangsa dan negara khususnya   kearah menjaga  keamanan  dan  kedaulatan negara.

“Sekali lagi saya merayu kepada para perwakilan UMNO dari Sabah agar memberi ruang  dan peluang sekali lagi kepada Zahid untuk menjawat-jawatan Naib Presiden   dan  27 ribu cawangan  yang melibatkan  25 bahagian UMNO adalah sebagai penentu  kemenangan beliau (Zahid) untuk mempertahankan dan mengekalkan jawatannya bagi penggal  yang kedua ini,"rayu Juhari.

No comments:

Post a Comment