by : Muhammad Elyas
Tanda-Tanda Kematian
Adapun tanda-tanda kematian
mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja
yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW
diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan
sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal
hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah
diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan
dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan
dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas
tersebut.
Beliau wafat ketika Imam
Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini
memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim
kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat
Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua
tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala
orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan
terusdi rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada
Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 Hari Sebelum Hari
Mati.
Ini adalah tanda pertama
dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini
cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita
akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat
dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan
soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik
untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 Hari Sebelum Hari
Mati
Tanda ini juga akan berlaku
sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut
ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut
ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 Hari
Adapun tanda ini akan
diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam
kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu
Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui
waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di
mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan
turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan
kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang
telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya marilah kita
bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang
yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap
tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha
memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari
segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai
dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani
maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah
dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang
lain.
Namun ianya adalah
ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha
dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta
kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita
untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam
Apa yang baik dan benar itu
datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan
saya sendiri.
* Mohon ditegur atau
dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info
No comments:
Post a Comment