Friday 16 August 2013

621 MANGSA KEBAKARAN MINTA KELULUSAN BINA SEMULA RUMAH DI TAPAK ASAL



Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto : Safie S Jumadi



BANTAH....Ketua Kg Cenderamata Norkia dan Ketua Cawangan UMNO Kg Cenderamata Armah bergambar dengan sebahagian mangsa kebakaran yang membantah enggan berpindah kelain tempat



SERAMAI 621 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata Batu Sapi memohon jasa baik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya dan Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin  supaya menempatkan semula mangsa terbabit untuk mereka  membina semula rumah-rumah  diatas tapak tersebut.



WAWANCARA....Wartawan  sedang mengambil keterangan dan fakta daripada Ketua Kampong Norkia dan Ketua Cawangan UMNO Armah mengenai masalah mangsa kebakaran


Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Cenderamata Puan Armah sebagai jurucakap kepada 621 mangsa terbabit berkata  kepada Wartawan Sabahkini.Net, kelmarin antara lain menjelaskan walaupun ADUN Sekong dan ADR Batu Sapi ingin membantu mangsa-mangsa berkenaan supaya mereka berpindah  di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Anggerik Batu 5 Jalan Sibuga tetapi mereka telah menolaknya.


Keadan ini berpunca daripada beberapa sebab tambah Armah kenapa mereka menolaknya sebab mereka dikenakan bayaran deposit sebanya RM1,000.00 termasuk pemasangan lampu dan meter air sekalipun mereka tidak berkemampuan membayar deposit tersebut.


“Apa lagi buat bayar deposit sedangkan untuk makan seharian begitu susah malah  dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malah semua harta benda mereka habis musnah terbakar akibat tragedi yang menimpa mereka,” jelas Armah.


"Sebagai Wakil Rakyat yang telah dipilih rakyat untuk mentadbir Sekong dan Batu Sapi haruslah kena pandai menjaga hati rakyat terutama sekali ahli-ahli UMNO cawangan Kampung Cenderamata yang mempunyai pengundi seramai lebih 300 ahli. Mereka ini bukan sikit bilangannya, kalau mereka tidak terbela sudah tentu bukan saja mereka kecil hati ataupun marah kepada kedua-dua Wakil Rakyat berkenaan. Bahkan mereka sudah pastinya akan berpaling tadah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan parti UMNO tanpa disangka-sangka!" ulas Armah lebih lanjut.


Perlu saya jelaskan kata  Armah mereka bukan tidak mahu berpindah ke Taman Anggerek tetapi mereka langsung tidak berkempuan untuk membayar deposit sebanyak RM1,000.00 tetapi kalau sekadar bayaran sewa bulanan sebanyak RM140.00 hingga RM200.00  mungkin masih  mampu.


“Saya masih ingat lagi pada tahun 2010 iaitu  pihak MARITIM hendak membongkar dua deret rumah panjang di Sim-Sim tengah kerana terlibat dengan projek pembinaan jeti MARITIM. Sebelum rumah mereka dibongkar, Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampung  Puyon berjaya menggunakan kuasa politiknya memindahkan seramai 25 keluarga yang menjadi mangsa keadaan tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Gum-Gum tanpa  sebarang bayaran deposit hanya membayar sewa bulanan sahaja kepada  pihak MPS,"tambah Armah dengan penuh yakin.


“Kenapa pula  Datuk Samsudin mahupun Datin Linda tidak boleh berbuat demikian  seperti Tan Seri Ampung lakukan  dulu  untuk meminta kelonggaran kepada MPS?    Sebenarnya  ADUN Sekong  dan ADR  Batu Sapi boleh gunakan kuasa politik yang sedia ada bincang sebaik-baiknya  dengan Presiden MPS supaya mangsa kebakaran yang benar-benar  rakyat tempatan dibantu dan diberikan kemudahan,”tambah Ramah lagi.


Menurut Armah, pihak ADUN sendiri tidak membenarkan mereka membina semula rumah di atas tapak kebakaran itu. Yang menjadi persoalan dan permasalahan sekarang adalah ke mana hala tuju kesemua mangsa berkenaan yang juga merupakan pengundi setia Barisan Nasional dan parti UMNO? Malah kesemua mangsa ini langsung tidak mendapat pembelaan secukupnya dari pihak ADUN dan Parlimen Batu Sapi.

Armah mengumpamakan keadaan mereka bahawa sedangkan binatang seperti Kambing  dan Ayam mempunyai kandang untuk berteduh apa tak lagi mereka ini manusia ahli UMNO dan pengundi tegar  BN sendiri ini dinamakan  sudah jatuh ditimpa tangga tapi jangankan rumah hendak diberi, dihalau adalah!


“Saya sebagai Ketua Cawangan UMNO Kampung ini   bukan saja rasa sedih bahkan rasa malu kerana mereka  cukup marah; membangkit-bangkit apa kata mereka kalau bukan kami mengundi BN belum tentu kedua-duanya   masih bergelar  Yang Berhomat (YB) pada hari ini  tetapi setelah menang seribu alasan diberikan, saya cukup malu bila berdepan dengan 261 mangsa kebakaran itu,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment