Sorotan
Dari Meja Ketua Biro, Shaimon S Jumadi
CERITA
UMNO Bahagian Sandakan terus hangat dan
panas ekoran beberapa jawatan penting yang menjadi rebutan pada pemilihan yang
bakal ditentukan Oktober ini siapa menang siapa kalah bukan persoalannya, yang
penting seseorang itu sudah mencuba nasibnya sama ada beruntung atau malang,
tidak perlu dipertikaikan.
Dalam
sesi temubual saya dengan Ketua UMNO
Cawangan Bukit Merah Hj Jakaria@Andy Palawong yang juga menawarkan dirinya
untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian pada pemilihan ini nanti.
Jawatan
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan juga agak sengit apabila bakal bersaing
tiga penjuru antaranya ialah Ishak Hj Apok, dan Datuk Hj Alipuddin Hj KK
Puyon termasuk Hj Andy sendiri.
Walaupun
saya tidak menentang Ketua Bahagian UMNO Sandakan iaitu Tan Sri Hj Ampong KK Hj
Puyon hanya bertanding jawatan Timbalan
Ketua Bahagian namun saya sebagai ahli
UMNO Sandakan tetap menghargai jasa bakti yang disumbangkannya kepada ahli-ahli
UMNO.
Perjuangan
Tan Sri Ampong selama 22 tahun menerajui kepimpinan UMNO Sandakan perlu
dihargai jasa-jasanya, kita tidak lupa pengorbanannya kita jangan jadi seperti “Kacang Lupakan Kulit” secara peribadi saya katakan, saya amat menghargai perjuangan
Tan Sri Ampung dalam UMNO Sandakan.
Soal
ada orang yang ingin menentang kepimpinannya dan ada yang ingin bertanding
untuk merebut jawatan Ketua Bahagian ini memang sudah menjadi dasar demokrasi
yang diamalkan oleh UMNO dan lagi ia merupakan seruan Presiden UMNO Dato Seri
Hj Mohd Najib Tun Abd Razak yang telah memberi laluan seluas-luasnya
untuk semua ahli UMNO di seluruh pelusuk negara dibenarkan bertanding apa saja
jawatan yang menjadi idaman dan impian mereka asalkan tidak melanggar peraturan
yang telah ditetapkan,” jelas Hj Andy dengan panjang lebar.
Biarlah
kita bertanding sambung Hj Zakaria secara sihat jangan memburuk-burukkan
peribadi seseorang itu, sebab kita yang bernama insan memang tidak ada yang sempurna akhlak dan
peribadinya.
No comments:
Post a Comment